in , ,

Pengacara HLive Elly Ariffin Akui Sudah Bercerai dengan Jiggy Masin

PELAKON dan pengacara Elly Ariffin, 31, mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Selepas beberapa bulan mencetuskan spekulasi mengenai rumah tangga, pengacara dan pelakon, Elly Arifin mengaku perkahwinan dengan pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin, sudah berakhir.

Elly, 31, atau nama sebenar, Nurul Elyana Kamalul Arifin memberitahu, dia dan bekas suami, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu.

Pengacara HLive Elly Ariffin Akui Sudah Bercerai dengan Jiggy Masin

“Puncanya, biarlah kami saja yang tahu. Tapi apa yang boleh saya katakan selepas tiga tahun berkahwin, kami gagal mencari persefahaman yang baik.

“Kami mula tinggal berasingan sejak November lalu. Apa alasannya, biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami,”

– Elly Ariffin

Dengan pengakuan itu, Elly berharap tidak pihak yang tertanya-tanya apatah lagi selepas dia memadam foto bekas suami itu di Instagram.

“Harap pengakuan saya dapat mengelak fitnah berikutan tempoh edah sudah tamat. Sebelum ini, saya mendiamkan diri bukan niat untuk berahsia, tapi saya mahu menghormati keluarga.

“Sekarang, saya bersedia berkongsi kerana merasakan diri sudah cukup kuat untuk bercerita,”

– Elly Ariffin

Pengacara program HLive dan Unplugged itu mengaku perceraian bukanlah mudah.

“Tidak dinafikan perpisahan ini memberi kesan pada saya, apatah lagi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana orang duduk di rumah bersama suami dan keluarga, tapi saya tidak.

“Apatah lagi sudah tujuh tahun saya biasa bersamanya. Sekarang apabila sudah tidak bersama, memang berbeza apabila dia tiada di hadapan mata. Iyalah, siapa yang berkahwin untuk bercerai?

“Bagaimanapun, saya percaya semua yang terjadi ada sebabnya. Saya tak mahu fikir ujian ini sebagai bebanan, sebaliknya hikmah dari Allah,”

– Elly Ariffin

Pasangan ini berkahwin pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Elly pernah mengalami keguguran pada September lalu.

Sebelum ini, Elly mengaku hubungan bersama Jiggy yang juga peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 dan 2018, masih baik.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Tular, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan & Diva AA

Netizen Sebak PM Pimpin Bacaan Doa COVID-19, PKP Dilanjutkan 14 Hari