in , ,

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Haier, jenama perkakas rumah and elektronik pengguna global hari ini memperkenalkan sembilan produk baharu yang direka dengan falsafah ‘Smart Living’.  

Inovasi dalam lima kategori berbeza ini dijangka mendefinisikan semula pengalaman kehidupan rakyat Malaysia dengan menawarkan keseronokan berganda, kualiti yang lebih unggul dan memudahkan pengguna.

Haier menampilkan inovasi produk terbaharu,termasuklah peti sejuk berteknologi terkini, mesin basuh dan pengering canggih, TV, hud dan hob dapur selain pemanas air di pameran HOMEDEC 2023.

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Pengarah Urusan Haier Fan Jing berkata,

“Selama empat dekad, Haier telah berevolusi selaras dengan keperluan gaya hidup pelanggan yang berubah. Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik kualiti hidup pelanggan kami menerusi produk inovatif dan berkualiti tinggi yang menyediakan keselesaan dan kemudahan. Falsafah ‘Smart Living’ yang menjadi DNA syarikat memacu fokus yang mengutamakan pelanggan kami. Kami teruja untuk menambah kepelbagaian produk kami demi menaikkan kualiti hidup semua.”

– Pengarah Urusan Haier Fan Jing

Peti sejuk HRF-689SI(GE) untuk Makanan yang Lebih Segar, Selamat

Peti sejuk pintu ‘side-by-side’ HRF-689SI(GE) Haier menawarkan teknologi terbaharu untuk makanan yang lebih segar dan bermutu semasa simpanan. Haier pertingkatkan teknologi berevolusionari mereka dengan pintu anti-bakteria yang membolehkan pengurangkan pencemaran silang yang datang dari luar kepada makanan dalam peti sejuk. Ciri inovatif ini menghalang pencemaran silang bakteria sehingga 99.9%, sekali gus menyediakan jaminan dan ketenangan untuk seisi keluarga. 

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Tiada lagi bau-bauan yang tidak diingini dengan teknologi H-DEO Fresh yang hadir bersama peti sejuk terbaharu. Teknologi penyahbauan itu menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan bau menerusi gabungan penapis antibakteria seramik dan ion tembaga, dan memastikan makanan tidak saling menyerap rasa.

Bagi mengekalkan kesegaran produk yang disimpan, HRF-689SI(GE) dilengkapkan dengan Sistem Kawalan Lembapan (HCS) Plus yang mengekalkan kesegaran makanan dua kali lebih lama. Ini dapat dicapai menerusi pembahagian zon basah dan kering dengan kadar kelembapan berbeza untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kering.

Teknologi ‘twin-inverter’ pula membantu mengoptimumkan penggunaan kuasa, menjimatkan tenaga dan bil utiliti. Dengan kapasiti 689L, ia sesuai untuk isi rumah besar. HRF-689SI(GE) berharga RM3,789 dan boleh didapati secara pra-pesanan.

Muatkan Fabrik dengan Lebih Mudah dengan Mesin Basuh Baharu HW150 & HW120 dengan Dram Super 

Direka untuk keluarga, HW150-BP14986ES8 ialah mesin basuh muatan hadapan terbaharu oleh Haier yang mempunyai kapasiti 15kg. Dram Super XL berdiameter 601mm memudahkan proses memuatkan barangan, termasuk fabrik bersaiz besar seperti selimut bersaiz king. Kelebihan tambahan saiz Dram Super XL ialah dari aspek kecekapannya, kerana ia menjimatkan masa sehingga 55% berbanding dram berdiameter 495mm.

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

HW120-BP14959S8 dengan kapasiti 12kg ini ialah jenis muatan hadapan dengan diameter dram 525mm. Seperti generasi terdahulu, mesin basuh ini juga direka bentuk dengan teknologi kimpalan laser tepat untuk menghasilkan permukaan dram yang lancar dan licin yang lembut pada fabrik.

Kedua-dua mesin basuh ini dikuasakan oleh teknologi Super Inverter yang memberikan penjimatan yang lebih baik dalam penggunaan air dan elektrik.

HW150-BP14986ES8 dilengkapi dengan Sistem Penjagaan Kebersihan paling canggih daripada Haier, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan pakaian. Ini terdiri daripada komponen wap, dwisemburan dan rawatan antibakteria untuk membunuh, membuang dan mencegah bakteria, memastikan persekitaran yang bersih dengan menghapuskan sehingga 99.99% bakteria. 

HW150-BP14986ES8 dan HW120-BP14959S8 masing-masing berharga RM3,999 dan RM3,499. HW120-BP14959S8 boleh didapati melalui pra-pesanan.

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Pengering HD100-A2939S Memberikan Hasil ‘Dry-clean’ Seperti di Rumah

Pengering HD100-A2939S Haier melengkapkan mesin basuh dengan teknologi I-Refresh yang menembusi gentian pakaian untuk menghilangkan habuk, bau dan bakteria. Menggunakan wap tahap mikron, pengering ini membolehkan pengalaman ‘dry-clean’ profesional di rumah.

Ia menggunakan teknologi Pam Haba yang mengekalkan suhu rendah yang konsisten dengan mengedarkan semula udara panas untuk mengeringkan pakaian, menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 56% berbanding pengering berventilasi tradisional. Teknologi ini juga membantu mengelakkan pengecutan dan mengekalkan warna asal pakaian, serta menjadikan pakaian lembut dan gebu.

Dengan harga RM5,199, pengering HD100-A2939S Haier baharu boleh didapati melalui pra-pesanan.

H65C900UX dan H98S900UX TV Membawa Hiburan Dalam Rumah ke Tahap Seterusnya

Menjadi OLED TV Haier Malaysia yang pertama, H65C900UX menampilkan paparan OLED 120Hz 4K yang memberikan kualiti gambar yang tiada tandingan, memaparkan rona hitam tulen untuk kontras yang menakjubkan, dengan kualiti gambar yang terasa semula jadi, dalam dan nyata.

Sistem audio Dolby Atmos yang didatangkan sekali, lengkap dengan pembesar suara Harman Kardon 2.1 Surround menyediakan penonton dengan perincian audio penuh. H65C900UX juga menawarkan pilihan hiburan tanpa had melalui Google TV, dengan koleksi aplikasi yang paling luas di pasaran.

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

H65C900UX baharu itu juga datang dalam saiz 55 inci untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Dalam pada itu, QLED TV H98S900UX dengan saiz 98 inci membawa impresi dengan permukaan tontonan yang luas. Hadir sebagai tawaran TV paling besar Haier, rekaan skrin tanpa-bezel ini merupakan panel QLED 120Hz 4K (3840×2160) yang menampilkan gamut Warna Lebar (WCG) dengan 1 bilion warna dan waktu respons 6.5ms untuk gambar yang imersif. 

Haier Malaysia Lancar Sembilan Produk Baharu di pameran HOMEDEC 2023

Bagi menambahkan mutu gambarnya, ia juga mempunyai keupayaan ‘local dimming’ untuk menggelapkan permukaan hitam dan menjadikan permukaan cerah lebih terang, menjadikannya lebih mudah untuk melihat perincian hitam putih dalam kontras yang tinggi.

TV H98S900UX membawakan pengalaman sinematik menerusi Google TV dan Chromecast yang didatangkan sekali.

Kedua-dua H65C900UX dan H98S900UX dilengkapi dengan Dolby Vision IQ, yang menggunakan meta-data dinamik dan sensor cahaya Dolby Vision dalam TV untuk mengoptimisasi pengimejan secara automatik berdasarkan kandungan yang dipaparkan, dan pencahayaan luar. Teknologi ini menyediakan kecerahan dan kontras pada tahap yang sesuai, memastikan pengalaman visual lain daripada yang lain.

Tersedia dengan segera di Haier Brand Stores dan pengedar yang sah di seluruh negara, OLED TV H65C900UX dan QLED TV H98S900UX masing-masing dijual pada harga RM15,999 dan RM29,999. 

HVQ-795HGBGMY/H Hud Pengudaraan untuk Dapur Tanpa Asap dan Tidak Berbau

Mereka yang gemar memasak kini boleh memiliki dapur yang lebih bersih dengan hud pengudaraan HVQ-795HGBGMY/H yang berkuasa dan mempunyai keupayaan aliran udara 1,900m3/j. Ia dilengkapi dengan Motor AI yang menggunakan teknologi Aliran Udara Pintar untuk meningkatkan kuasa penyedutan secara intuitif jika ia mengesan halangan yang membawa kepada pengepulan asap di dapur.

Apa yang membezakan hud ini adalah ketersambungan lancar yang ditawarkan menerusi Sambungan ‘Hob to Hood’ melalui Bluetooth. Setelah dipasangkan, hud akan disegerakkan (synchronize) dengan dapur gas Haier yang serasi. Ia diaktifkan secara automatik apabila dapur dihidupkan, dan dimatikan selepas 3 minit apabila selesai memasak. Ini adalah kemudahan yang tiada tandingan yang meningkatkan pengalaman dapur pengguna kerana mereka tidak perlu risau jika terlupa mematikan hud.

Dapur Gas HCX-Q72TGB Memberikan Ketenangan Fikiran Tukang Masak Rumah

Memasak di rumah kini lebih selamat dan mudah dengan dapur gas baharu Haier, HCX-Q72TGB. Ia hadir dengan ‘timer’ 180 minit yang akan memberi amaran kepada pengguna dengan bunyi bip, dan mematikan api secara automatik, sekali gus meningkatkan keselamatan.

HCX-Q72TGB menampilkan ‘Copper Burner’ yang sangat tahan lama, dengan pengagihan haba yang cekap dan prestasi yang berkekalan. Dapur itu juga dilengkapi dengan ‘Cast Iron Pan Suppprt’ yang menyimpan pelbagai alatan memasak, yang menambah baik pengalaman memasak untuk isi rumah di seluruh Malaysia.

Pemanas Air EI42E-FP3B(MY) F Series Memastikan Mandian yang Selamat, Berkualiti dan Selesa

Haier Malaysia telah membawa masuk pemanas air EI42E-FP3B(MY) yang penuh dengan ciri keselamatan terkemuka untuk mengawal kesejahteraan pengguna. Ciri utamanya ialah teknologi kalis renjatan yang direka khusus untuk mengelakkan situasi kebocoran elektrik dan kegagalan Pemutus Litar Kebocoran Bumi (ELCB) yang mungkin menimbulkan risiko renjatan elektrik. Teknologi ini mengubah arus elektrik voltan tinggi dalam air kepada voltan yang lebih rendah, memastikan keselamatan pengguna ketika mandi.

Selain itu, ‘Dual Copper Heating Tube’ yang hadir dengan produk baharu ini membantu mempercepatkan proses pemanasan dan juga memanjangkan jangka hayat pemanas air. Sementara itu, Sistem Termostat AI 4D dengan kawalan suhu ±1? yang tepat, menghapuskan turun naik untuk suhu mandi yang lebih selesa dan selamat.

Pemanas air Haier boleh didapati pada harga RM890 di Haier Brand Shops dan pengedar sah di seluruh negara.

Promosi Eksklusif untuk rakyat Malaysia

Sempena pelancaran produk baharu dan penyertaannya di HOMEDEC 2023, Haier Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli peralatan rumah terpilih dengan penjimatan sehingga 50%, kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM400 dan pelbagai hadiah termasuk Sony PlayStation 5.

Pembelian dengan tawaran pembelian serendah RM1 juga disediakan untuk pengunjung HOMEDEC yang berkunjung ke gerai Haier bernombor 7A007 di Dewan 7, Aras 3 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NADIA OMAR AIRASIA

Nadia Omer Dilantik Jadi Ketua Pegawai Eksekutif airasia MOVE Baharu

HOT FM

Hot FM Perkenal Penyampai AI Pertama Berbahasa Melayu di Malaysia