in

Gossip Selebriti Tidak Betul

Gosip yang GUA hendak sampaikan ini, mungkin sudah ada yang tahu tetapi GUA percaya ramai juga yang masih tidak tahu-menahu. Ini kisah pelakon drama lelaki yang dikatakan berfikiran tidak betul atau senang cerita, dikatakan gila.

Menurut beberapa kenalan dalam industri, pelakon lelaki ini pernah mengaku yang dirinya seorang Nabi. Jika berada di set penggambaran, ada sahaja cerita-cerita yang tidak logik di akal fikiran yang akan dibualkannya. Mula-mula orang ingat dia sengaja melawak atau main-main sahaja, tetapi lambat-laun masalah yang dihidapinya semakin kronik sehinggalah dia dimasukkan ke hospital. Malah, salah sebuah drama arahannya juga terpaksa diambil-alih oleh pengarah lain.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelakon lelaki ini ada mempunyai saudara-mara yang mempunyai masalah mental dan dia pun dipercayai menghadapi masalah yang sama.  Dalam sibuk-sibuk orang bercerita tentang masalah gilanya itu, pelakon ini keluarkan kenyataan yang fikirannya bercelaru kerana penyalahgunaan dadah. Menurutnya lagi, selepas keluar daripada hospital dia tidak lagi terlibat dengan ‘najis’ itu. Malah, turut mengakui yang dia semakin pulih.

Sejauh mana kebenaran dakwaannya itu, GUA tidak dapat pastikan. Tetapi kalau anda menjenguk ke Facebook pelakon ini, catatannya masih menggambarkan fikirannya bercelaru. [SUMBER]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Buat-Buat Sakit Di Lokasi

Gossip Rumah Selebriti Bersepah Macam Sarang Tikus