Gossip Girl Drama Hits Terbaru di 8TV

GOSSIP GIRL
Sedangkan paparazi pun tidak dapat menandingi gossip sebegini…….

Tarikh Siaran & Masa:
23 April & 30 April 2008 jam 11.00pm

Bermula 7 Mei:
10.00 pm (setiap hari Rabu)

Jumlah Episod: 
22 x 60 minit

Jika anda kaki gossip, gemar bergossip, suka mendengar dan mengetahui gossip terbaru, ‘Gossip Girl’ sesuai untuk anda! ‘Gossip Girl merupakan satu lagi drama hits terbaru di 8TV yang akan mula ditayangkan pada 23 April 2008 ini.  Drama bersiri 22 episod ini menggabungkan plot-plot menarik daripada drama bersiri remaja popular di Amerika seperti ‘Clueless’, ‘Beverly Hills 90210’ dan ‘Popular’.

Berlatar belakangkan di Bahagian Atas-Timur Manhattan, ‘Gossip Girl’ mengisahkan mengenai gaya hidup pelajar-pelajar sekolah yang mana masing-masing suka mencari populariti, kemasyuran, skandal dan yang paling penting hidup mereka dipenuhi dengan gosip!

Untuk menjadikan siri ini lebih menarik, drama ini dihidupkan lagi dengan karakter pencerita yang digelar ‘Gossip Girl’ menggunakan suara Kristen Bell, yang membuka sebuah laman blog memaparkan kisah-kisah panas dan terbaru dikalangan teman-teman sekelilingnya. 

Tiada siapa antara mereka yang mengetahui identiti sebenar ‘Gossip Girl’, tetapi itu tidak menghalang mereka melayari laman web, membaca dan menggunakan blog tersebut untuk mengetahui berita dan gossip terbaru. 

Drama bersiri ini bermula dengan pertelingkahan yang berlaku antara Serena (lakonan Blake Lively) dan Blair (lakonan Leighton Meester) yang suatu masa dahulu pernah bersahabat baik. Hubungan percintaaan di antara Nate (lakonan Chace Crawford) dengan kekasihnya Blair yang tidak menentu menjadikan Chuck (lakonan Ed Westwick) iaitu teman baik Nate sendiri mengambil kesempatan dengan mempunyai hubungan sulit dengan Blair. 

Manakala bagi Serena pula, beliau telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang bernama Dan (lakonan Penn Badgley) yang datang dari golongan pertengahan.  Di satu pihak yang lain, Jenny (lakonan Taylor Momsen) yang merupakan adik kepada Dan berusaha keras untuk menjadi sebahagian dari golongan berada dilingkungan wilayah Upper Side. 
‘Gossip Girl’ dilahirkan dari idea bersama oleh Josh Schwartz dan Stephanie Savage. Siri ini dimulakan dengan episod memperkenalkan watak Serena Van der Woodsen yang merupakan seorang sosialis yang baru menamatkan pelajarannya di sebuah sekolah berasrama penuh. Suatu ketika dahulu Serena terkenal dengan gelaran ratu parti di wilayah Upper East Side, secara tiba-tiba berubah sikap lalu menjadi seorang yang penuh misteri. Personalitinya yang bertukar secara mendadak itu telah menjejaskan hubungan persahabatan beliau dengan teman rapatnya Blair Waldorf. Blair secara diam-diam memendam perasaan hasad dengki dengan segala perhatian yang diberikan oleh penduduk  terhadap Serena selama ini.

Walaupun Blair dan Serena menjauhkan diri antara satu sama lain, kedua-dua mereka masih menjadi perhatian. Mereka tetap meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dipenuhi dengan gossip. Hubungan percintaan antara Blair dan teman lelakinya Nate mulai goyah dan Nate mula mengesyaki Blair mempunyai hubungan sulit dengan teman baiknya sendiri iaitu Chuck yang tidak mempunyai tujuan hidup.

Sementara Serena pula tertarik hati dengan Dan seorang jejaka kelas pertengahan yang pada perkiraannya mempunyai perwatakkan yang sangat menarik. Permasalahan dalam perhubungan mereka mula timbul apabila sikap Dan yang anti populariti dan tidak suka glamor akhirnya terbongkar dan bertentangan sekali dengan sikap Serena sendiri.

Antara plot-plot yang menarik di dalam drama bersiri ini antaranya ialah babak romantik antara ibu Serena, Lily bersama bapa Dan, Rufus dan juga plot dimana adik perempuan Dan, Jenny yang berusaha keras untuk diterima oleh golongan popular dan juga plot adik lelaki Serena, Eric yang terpaksa tinggal di pusat pemulihan atas arahan ibunya. 

“‘Gossip Girl’ merupakan sebuah drama yang mesti anda tonton. Di US sahaja, debut ‘Gossip Girl’ telah mendapat slot  tayangan pada jam 9.00 malam dan berada di tangga kedua dalam keseluruhan rancangan. Manakala di Australia pula, ‘Gossip Girl’ menduduki tangga teratas atau pertama bagi pilihan drama sepanjang bulan dan mereka yang menontonnya adalah golongan remaja dan berusia dalam lingkungan 16-39 tahun!,” jelas Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi  8TV, Cik Lam Swee Kim.

“Walaupun siri ini lebih menekan kepada populariti, kekayaan, kemasyuran dan juga gaya hidup yang mewah dikalangan remaja-remaja Amerika tetapi setiap satu daripadanya mempunyai mesej yang tersendiri disebaliknya,” tambah beliau lagi.

Adakah ‘Gossip Girl’ akan membongkarkan identiti sebenar beliau dan berhenti bergossip? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, pastikan anda menonton ‘Gossip Girl’ di 8TV bermula 23 April 2008 pada setiap hari Rabu jam 11.00 malam. 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro.

[tags]gossip girl, Taylor Momsen, Josh Schwartz, blair, chuck, nate, Blake Lively, Stephanie Savage, gossip, news, Penn Badgley, world news, eric, Ed Westwick, entertainment news, f1 news, daily news, blog, celebrity, missy, celebrity fashion, famous, rumour, dating, downloads, Chace Crawford, tabloids, interviews, video, wallpaper[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Kejutan Diari Akademi Fantasia 6 @ Pavillion KL

Program Teman Belinda Chee Melissa Maureen @ 8TV