Program Teman Belinda Chee Melissa Maureen @ 8TV

Pengembaraan Yang Lebih Menarik Dari Dua Sahabat Baik Di Musim Ke-2!

Bermula 16 April 2008, stesen hip pilihan anda 8TV, akan membawakan sekali lagi rancangan realiti pengalaman pengembaraan yang menarik, Teman! Peminat dan penonton setia 8TV akan berpeluang mendapat pelbagai panduan berguna, senarai destinasi pengembaraan pilihan di dalam Teman musim ke-2 ini.

Teman 2 menampilkan sekali lagi pengacara yang petah dan bergaya, Belinda Chee sebagai Miss Trendy dan turut bersama beliau kali ini adalah Melissa Maureen ataupun digelar Miss Sporty. Teman merupakan sebuah rancangan pengalaman percutian yang unik apabila kedua-dua mereka mempunyai pendapat, pandangan dan personaliti yang berbeza dan terpaksa mempelajari erti kehidupan bersama-sama

Teman yang diterbitkan sebanyak 10 episod, akan disiarkan setiap malam Rabu pada jam 9.30 malam. Rancangan selama 30 minit ini akan membawa para penonton untuk bersama Melissa dan Belinda dalam pengembaraan mereka bukan sahaja di serata Malaysia malah juga ke beberapa buah negara di Asia. 

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim berkongsi pendapat beliau untuk Teman musim kedua,

“Saya begitu teruja dengan kemunculan Teman musim yang kedua.  Pada musim lalu rancangan ini telah berjaya mencuri perhatian penonton, jadi saya amat pasti musim yang kedua ini pasti akan menerima maklum balas yang sama seperti musim lalu.” 

“Rancangan pengembaraan yang unik ini bukan hanya membongkar kecantikkan negara-negara di Asia dan Malaysia malahan turut memberikan panduan tempat-tempat yang menarik dan unik untuk di jelajahi! Bagaimanapun, apa yang lebih menyeronokkan lagi apabila dua pengacara ini turut berkongsi tips bersama penonton tentang bagaimana mengekalkan kecantikkan kulit walaupun dalam keadaan lasak dan dibawah panahan terik matahari. Saya pasti panduan-panduan ini berguna kepada para penonton kami yang mana mereka mungkin menghadapi situasi yang sama semasa dalam percutian dan pengembaraan.”

Teman musim kedua ini turut memaparkan keseluruhan proses pengembaraan mereka berdua seperti apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pengembaraan mereka tamat. 

Selepas menjadi hos Teman musim pertama kehidupan Belinda banyak berubah dan kini beliau meneruskan cita-citanya dengan menjadi pengacara TV yang berjaya.  Melissa turut menjalani kehidupan yang hampir serupa dengan Belinda.  Kedua-dua mereka menjalani kehidupan yang sibuk dan harus mengamalkan dan mengikuti tips-tips kecantikkan untuk memastikan kulit mereka sentiasa kelihatan segar dan cantik setiap masa. 

Bersandarkan kepada penyelidikan dan juga perancangan yang teliti, mereka merancang segala jadual perjalanan dan para penonton akan dibawa bersama untuk merasai pelbagai pengalaman menarik sepanjang perjalanan mereka. 

Para penonton juga akan dapat menyaksikan pengalaman dan aktiviti yang tidak pernah mereka lalui sepanjang perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Bangkok, Tasik Kenyir, Singapura, Mulu, Sipadan, Taman Negara dan Bali. 

Di musim kedua ini, Olay sekali lagi menyambung usaha menyokong rancangan seumpama ini.

Pengurus Perhubungan Awam Procter & Gamble Malaysia, Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama di dalam rancangan Teman 2 ini.  Teman benar-benar  memberi gambaran sebenar semangat wanita yang berkeyakinan, ingin  berjaya dan yakin boleh melalui penggunaan Olay White Radiance untuk mendapatkan kulit putih berseri yang sempurna. Sementelah lagi, Belinda dan Melissa merupakan pengguna setia Olay White Radiance dan mereka juga merupakan di antara 10 orang wanita terpilih Asia yang yang dipilih sebagai ASIA’S PERFECT 10 yang memilih Olay White Radiance sebagai teman kulit mereka. Kesepuluh wanita terpilih ini mempunyai ketrampilan, profil dan latar belakang yang menarik seperti  penyanyi, pelakon dan model serta berjaya dalam karier masing-masing. Mereka percaya bahawa Olay White Radiance merupakan produk pemeliharaan wajah yang dapat memberikan kesempunaan dan kulit putih berseri seperti yang mereka idamkan.”

Semestinya penonton-penonton Teman turut dicurahkan dengan idea-idea yang berguna dan dapat menghadapi, mengharungi dan menangani cabaran dengan pilihan yang tepat.

Setiap episod Teman menjanjikan anda perjalanan yang menarik dan penuh dengan kejutan. Oleh itu, jangan lupa untuk bersama rakan-rakan anda menonton 8TV pada setiap malam Rabu pada jam 9.30 malam bermula 16 April 2008 dan pelajari tips atau cadangan dari kedua mereka!

[tags]program teman, 8tv, tour, Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Bangkok, 3gp Adegan Senggama, Artis Indonesia, Dewi Persik, creative advert, MP3 playlist, Oh Chentaku, BitterSweet, akademi fantasia 6, american press, elliot spitzer resigning, fat burning, flatten tummy in one month, have a six pack abs, Belinda Chee, hollywood gossips, how to lose abs, lose weight, new york times, spycamera detectors, washington journalists, Matematik, Hujan, Melissa Maureen, Check2Rock, Seconhand Serenade, Tasik Kenyir, Singapura, Mulu, Sipadan, Taman Negara, bali tour, pakej, perfect[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Girl Drama Hits Terbaru di 8TV

Sean Kingston’s “Beautiful Girls” World Tour LIVE in Kuala Lumpur