in , ,

Google Cloud Mempercepat Pemulihan Industri Pelancongan di Malaysia

Malaysia Airports, Asia Mobility dan AirAsia antara organisasi yang akan menggunakan teknologi awan terbuka dan analisis lanjutan untuk membentuk semula masa hadapan industri pelancongan

Di sebuah majlis media yang diadakan di pejabat Google Malaysia, Google Cloudmenonjolkan cerapan dan peluang perniagaan yang boleh diambil oleh organisasi untuk memajukan lagi pemulihan industri pelancongan Malaysia, selepas hampir genap setahun semenjak sekatan kemasukan COVID-19 negara ini—seperti keperluan ujian dan kuarantin—dimansuhkan untuk ketibaan asing. Google Cloud juga mengumumkan kolaborasi strategik dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Asia Mobiliti, yang akan mengguna pakai awan data terbuka Google Cloud untuk membawa pengalaman pelancongan digital yang mampan.

Google Cloud Mempercepat Pemulihan Industri Pelancongan di Malaysia

Peluang Luar Biasa untuk Industri Berkaitan untuk Mempengaruhi Perkembangan Pelancongan

Dengan 7 dalam 10 pengguna digital bandar di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan pelancongan digital dan kategori ini diagak untuk berkembang sebanyak 56% tahun ke tahun dan menyumbang sebanyak AS$8 bilion kepada ekonomi digital Malaysia menjelang tahun 2025, pemain dalam ekosistem pelancongan tidak boleh terlepas pandang kepentingan penawaran perkhidmatan digital yang sentiasa aktif, ringkas, diperibadikan dan selamat.

Trend carian Google untuk tempoh 16 Julai 2022 hingga 15 Julai 2023 mencadangkan bahawa industri berkaitan boleh mengambil peluang yang dibentangkan oleh pemulihan industri pelancongan Malaysia. Sejak tahun lepas, pertanyaan carian berkaitan dengan “kad kredit pelancongan” dan “insurans pelancongan” di Malaysia masing-masing telah meningkat lebih daripada 750% dan lebih daripada 250%. Oleh itu, institusi kewangan mesti mencari cara untuk menyampaikan tawaran yang disesuaikan kepada para pelancong yang ingin mencari ganjaran eksklusif untuk perbelanjaan barangan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan, atau mencari ketenangan fikiran daripada perubahan yang tidak dapat dijangka. Dengan pertanyaan carian berkaitan dengan “pelancongan perubatan” di Malaysia meningkat lebih daripada 60% dalam tempoh masa yang sama, terdapat peluang untuk penyedia penjagaan kesihatan untuk melibatkan individu yang ingin melawat Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan khusus dengan lebih baik.

Tambahan lagi, pertanyaan carian berkaitan dengan “visa nomad digital” di Malaysia telah meningkat lebih daripada 350% dalam tempoh masa yang sama. Syarikat-syarikat dalam industri seperti hartanah dan hospitaliti, makanan dan barang runcit, perkhidmatan kewangan, dan penjagaan kesihatan patut memahami kategori pengguna yang baharu muncul ini dengan lebih mendalam dan pertimbangkan untuk mereka bentuk produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan khusus mereka. Ini mungkin termasuk menawarkan ruang kerja bersama, pilihan perumahan jangka pendek, penghantaran atas permintaan, insurans kesihatan rentas sempadan, dan akaun simpanan pelbagai mata wang.

Megawaty Khie, Pengarah Serantau, Indonesia dan Malaysia, Google Cloud, kata :”Apabila kita mempertimbangkan impak ekonomi pelancongan, selalunya terdapat tumpuan pada sumbangan daripada bidang teras seperti penerbangan dan penginapan – dan ia adalah wajar. Namun, analisis kami juga menonjolkan impak pelancongan terhadap sektor lain, dari perkhidmatan kewangan ke penjagaan kesihatan, ke runcit dan pengangkutan. Kami komited untuk memperkasakan organisasi dari pelbagai industri dengan keupayaan pintar yang dipacu data untuk buat keputusan perniagaan yang lebih bijak dan menjadi sebahagian daripada ekosistem bersepadu yang memberikan pengalaman pelancong bertaraf dunia. Kolaborasi kami dengan Malaysia Airports dan Asia Mobiliti, disokong oleh rakan kami CloudMile dan PointStar, akan meningkatkan kebolehan mereka untuk memberi perkhidmatan digital diperibadikan yang dikuasakan oleh awan data terbuka kami yang selamat dan berskala kepada para pelancong. Ini juga membina atas kerja sedia ada kami dengan Super App airasia untuk bantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) kembangkan aliran pendapatan mereka.”

Kekal di Hadapan Permintaan Perjalanan Udara yang Sedang Meningkat Semula

Di Malaysia, permintaan perjalanan udara masuk antarabangsa—penerbangan oleh bukan pemastautin ke sesebuah negara—telah mengalami peningkatan besar-besaran berdasarkan volum carian Google untuk tempoh 1 Ogos 2022 hingga 30 Jun 2023. Pada 1 Ogos 2022—hari Malaysia menarik balik sekatan COVID-19 yang lain—permintaan perjalanan masuk menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1,180%. Kebangkitan semula ini berterusan sehingga separuh pertama 2023. Antara 1 Ogos 2022 dan 30 Jun 2023, permintaan perjalanan masuk menyaksikan peningkatan keseluruhan tahun ke tahun lebih daripada 188%.

Permintaan perjalanan udara keluar antarabangsa Malaysia—penerbangan oleh penduduknya ke negara lain—diikuti oleh trend menaik yang serupa. Pada 1 Ogos 2022, permintaan perjalanan keluar menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 452%. Kebangkitan semula ini berterusan sehingga separuh pertama 2023. Antara 1 Ogos 2022 dan 30 Jun 2023, permintaan perjalanan keluar menyaksikan peningkatan keseluruhan tahun ke tahun lebih daripada 149%.

Akhir sekali, permintaan perjalanan udara domestik Malaysia—penerbangan oleh pemastautin dan bukan pemastautin dalam sesebuah negara—juga mengalami lonjakan yang sama. Pada 1 Ogos 2022, permintaan domestik menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 795%. Kebangkitan semula ini juga berterusan sehingga separuh pertama 2023. Antara 1 Ogos 2022 dan 30 Jun 2023, permintaan domestik menyaksikan peningkatan keseluruhan tahun ke tahun lebih daripada 46%.

Untuk terus mendahului lonjakan trafik penumpang masuk dan keluar dari lima lapangan terbang antarabangsanya dan 17 lapangan terbang domestik di Malaysia, Malaysia Airports—dengan sokongan daripada CloudMile—telah memindahkan hartanah digitalnya kepada infrastruktur Google Cloud yang terbuka, berskala, selamat dan cekap tenaga.

Akibatnya, Malaysian Airports boleh mendapat manfaat daripada keupayaan penskalaan automatik dinamik Google Cloud, yang membolehkan sistem IT/papan pemuka data untuk mengendali sehingga 10 kali ganda beban kerja biasa mereka dengan pengalaman pengguna yang lancar, sebelum mengecilkan secara automatik untuk mengurangkan kos apabila sumber pengkomputeran tambahan tidak lagi diperlukan. Dengan menggunakan pengurusan pangkalan data dan perkhidmatan analitik data Google Cloud untuk memecahkan silo data dalaman, Malaysia Airports sedang meningkatkan keupayaannya untuk mengeluarkan maklumat lapangan terbang dan penerbangan masa nyata kepada berjuta-juta penumpang, sekali gus membolehkan mereka menikmati pengalaman yang lebih lancar daripada proses daftar masuk ke imigresen, menaiki pesawat hingga pengumpulan bagasi.

Vijaykumar Dayinde, Ketua Pegawai Maklumat, Malaysia Airports Holdings Berhad, kata: “Sambil industri kami pulih daripada impak beberapa tahun ini, ia adalah kritikal untuk cari kebolehan untuk mengoptimumkan kos dan meningkatkan operasi kami. PIlihan CloudMile sebagai rakan lama kami dan Google Cloud sebagai pembekal awan utama kami memberi kami kombinasi penyelesaian automatik dan kepakaran inovasi mendalam yang tepat untuk menyampaikan pengalaman penumpang berkualiti tinggi dan selamat yang mengutamakan digital pada skala. Awan data terbuka Google Cloud akan menyediakan asas yang kukuh dan fleksibel untuk Malaysia Airports untuk memenuhi visi kami untuk menjadi sebuah kumpulan lapangan terbang global yang memperjuangkan ketersambungan dan kemampanan, dan berfungsi sebagai pintu masuk untuk para pelancong untuk meneroka dan menikmati Malaysia.”

Lester Leong, Pengurus Negara, Malaysia, CloudMile, berkata: “Sambil industry ini pulih, lapangan terbang mesti menangani cabaran seperti mengoptimumkan pengalaman penumpang dan mengurangkan gangguan. Sistem bahagian belakang IT lapangan terbang—sebahagian besarnya tidak kelihatan tetapi penting untuk kejayaannya—juga mesti kekal padu dan selamat. Sebagai sebuah agensi perundingan penyelesaian teknologi awan dan AI terkemuka di Asia, CloudMile berkomited untuk bekerjasama dengan Google Cloud untuk menyampaikan penyelesaian yang dipercayai untuk meningkatkan pelancongan dan memberi manfaat kepada komuniti tempatan. Prinsip sumber terbuka dan rekaan selamat Google Cloud akan membenarkan kami untuk mengintegrasikan teknologi dengan lancar seperti pengenalan biometrik dan platform e-dagang runcit pelancongan bagi pihak Malaysia Airports, sambil menyulitkan data merentasi sistem untuk memastikan kami menjaga privasi pengguna dan keselamatan data.”

Pengangkutan dan Pelancongan Mampan Adalah Saling Berkait

Orang ramai semakin menyedari impak pelancongan terhadap alam sekitar, maka kemampanan telah menjadi pertimbangan penting apabila mereka  merancang jadual perjalanan mereka. Untuk tempoh 16 Julai 2022 hingga 15 Julai 2023 pertanyaan carian berkaitan dengan “ekopelancongan” dan “pengangkutan mampan” di Malaysia masing-masing telah meningkat lebih daripada 700% dan lebih daripada 160%.  Malah, hampir 4 dalam 10  pengguna digital di Malaysia telah mengisytiharkan bahawa mereka sanggup membayar lebih untuk produk atau perkhidmatan yang mampan.

Untuk membolehkan pengalaman pengangkutan yang lancar dan lebih mampan untuk para pelancong di Malaysia, Asia Mobiliti, sebuah syarikat permulaan teknologi mobiliti yang sedang berkembang pesat, sedang membina dan menjalankan platform mobiliti-sebagai-perkhidmatannya untuk perniagaan dan pengguna pada infrastruktur terbuka, berskala, selamat dan cekap tenaga Google Cloud.

Dengan sokongan daripada PointStar, Asia Mobiliti juga telah menggunakan alat analisis lanjutan dan risikan perniagaan Google Cloud untuk beri pelanggan B2Bnya akses kepada cerapan masa nyata yang boleh membantu mereka bertindak balas terhadap keperluan penumpang dengan lebih baik. Dengan memanfaatkan kebolehan Asia Mobiliti untuk mendapat dan menganalisis data merentas mod pengangkutan yang berbeza dan meramalkan permintaan dengan tepat menggunakan algoritma pembelajaran mesin (ML) proprietarinya, pengendali lapangan terbang atau pengangkutan awam boleh, sebagai contoh, menawarkan perkhidmatan transit responsif permintaan (DRT) ke pusat membeli-belah atau hotel di bandar. Perkhidmatan DRT bermaksud sebuah kenderaan penumpang, seperti sebuah bas atau van, akan dihantar sebagai tindak balas kepada permintaan, mengoptimumkan penunggangan dan kos perjalanan, dan memastikan daya tahan dan kebolehpercayaan perjalanan dengan laluan pintar untuk laluan terpantas dan paling jimat bahan api.

Ramachandran Muniandy, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Asia Mobiliti, kata: “Konsep pelancongan dan mobiliti mampan adalah saling berkait. Di Asia Mobiliti, matlamat kami adalah untuk membantu mendigitalkan semua mod pengangkutan dan menghubungkannya antara satu sama lain, dengan itu membolehkan pengalaman pengangkutan pelbagai mod atas permintaan yang lancar. Walaupun para pelancong merupakan pengguna terbesar pengangkutan pelbagai mod, rakyat juga boleh mendapat manfaatnya. Sebuah sistem pengangkutan awam pelbagai mod yang berkesan mengurangkan keperluan untuk kenderaan persendirian atau penghunian tunggal, yang seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya dan pelepasan karbon. Memandangkan Google Cloud merupakan peneraju dalam sains data dan satu-satunya penyedia awan yang menguasakan infrastruktur dan perkhidmatannya menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui, ia merupakan pilihan yang jelas untuk bina platform kami pada awan data terbuka Google Cloud.”

Justin Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, PointStar, kata: “Asia Mobiliti, setelah membangunkan tawaran mobiliti sebagai perkhidmatan dengan pantas dan cekap kos dan membawanya ke pasaran, mengukuhkan nilai strategi inovasi yang mengutamakan awan untuk mana-mana usahawan yang mempunyai cita-cita untuk mencipta dan melancarkan perkhidmatan digital baharu yang menutup jurang sedia ada dalam industri, skala penggunaannya untuk memberi perkhidmatan kepada jumlah pelanggan yang besar, dan menubuhkan syarikat mereka sebagai salah satu soonicorns Malaysia yang seterusnya. PointStar bangga kerana dapat menyokong perjalanan perkembangan Ram dan kumpulannya, terutamanya sambil mereka berusaha untuk berkembang ke pasaran baharu dan mengubah sistem pengangkutan bandar untuk capai kemampanan dan kebolehdiaman jangka panjang. Kami percaya bahawa Asia Mobiliti akan terus menjadi rujukan positif untuk organisasi yang mungkin masih berasa ragu-ragu berkenaan prospek dan faedah membina perniagaan mereka menggunakan awan, analitik dan teknologi AI terbaik dalam kelasnya.”

Mengenai Google Cloud

Google Cloud mempercepatkan kebolehan setiap organisasi untuk mengubah perniagaannya secara digital. Kami menyampaikan penyelesaian bergred perusahaan yang memanfaatkan teknologi termaju Google, dan alat untuk bantu para pemaju membina dengan lebih mampan. Pelanggan di lebih 200 negara dan wilayah memilih Google Cloud sebagai rakan kongsi dipercayai mereka untuk membolehkan perkembangan dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling kritikal.

Mengenai Malaysia Airports

Malaysia Airports merupakan salah satu kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi bilangan penumpang yang dikendalikannya. Ia mengurus dan mengendalikan 39 buah lapangan terbang di Malaysia dan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turkey. 39 buah lapangan terbang di Malaysia terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 17 lapangan terbang domestik, dan 17 Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek (STOLport). Lapangan terbang perdananya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL) adalah antara hab penerbangan pilihan di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Belum Ada Tarikh, Ramai Nak Sponsor Majlis Kahwin Yasmin Hani & Alif Hadi

Rita Nadira & Zamarul Hisham Dalam Drama AKU YANG KAU SAKITI