in

Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Bawa Tema DUET VAGANZA

Perjuangan bintang bernama Rem terhenti di minggu ketiga Gegar Vaganza yang bertemakan ‘Ada Bran?’ terhenti Ahad lalu apabila mendapat markah yang terendah daripada pihak juri sekaligus menjadi peserta kedua yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ini. Beliau yang mendendangkan lagu ‘Penawar Rindu’ nyanyian asal Datin Orked Abdullah pada minggu lalu dikatakan kurang menyerlah dan lagu tersebut juga dikatakan kurang sesuai dengan vokalnya.

Antara bintang yang sentiasa menyerlah di atas pentas mingguan Gegar Vaganza adalah peserta yang berasal dari Sabah iaitu Azharina. Beliau telah berjaya membuat penonton terpaku dengan lontaran vokalnya yang hebat ketika mendendangkan lagu ‘No Women No Cry’ nyanyian asal Bob Barley pada minggu lalu.

Bagi tugasan dan cabaran untuk minggu keempat ini pula, bintang-bintang ini telah ditugaskan untuk membuat persembahan bertemakan “Duet Vaganza” dan akan berduet bersama peserta-peserta Gegar Vaganza dari musim terdahulu.

Pasangan duet yang manakah bakal menambat hati para juri dan penonton serta menjadikan mereka pasangan duet paling serasi dan siapa pula bintang yang akan terhenti sinarannya dan terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ini? Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anis Al Idrus, Saharul Ridzwan & Zara Zya di Pelancaran Estetika Medispa Shah Alam

Ada Hutang Ke Tidak? Jom Semak Skor CTOS Anda!