in

Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30

Rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan SELAMAT HARI JADI KE-30 kepada pengacara wanita paling popular, Fara Fauzana yang telah menyambutnya pada 7 Februari 2010 (Ahad) lalu.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta yang penting sentiasa bahagia bersama yang tercinta. Budiey.com akan sentiasa menyokong perkembangan karier Fafau! Layaaannnn!

Sehari sebelum hari jadinya, Fara Fauzana telah diraikan dalam satu majlis BIRTHDAY BASH PARTY yang diadakan di Serambi Pak Engku, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Majlis bermula pada jam 12 tengahari hingga jam 3 petang.

4342364386 6532B1B787 O | 3

Majoriti peminat yang hadir mendapat jemputan dari Fara Fauzana menerusi Fanpage Fara Fauzana di mana sehari sebelum majlis, Fara telah menjemput semua peminatnya menerusi status nya berbunyi:

MORNING!! alhamdulillah.. hari yang dinantikan telah tiba, MAJLIS MAKAN2 FF dengan KORANG – MY DEAR FANS. kepada yang tak sempat RSVP pun BOLEH DATANG!! so, dalam erti kata lain.. FF BELANJA!! so semua kawan2 FB FF datang tghari ni (6th Feb) dari jam 1230pm – 3pm di SERAMBI PAK ENGKU, TGKT 4, WISMA PKPS SHAH ALAM ( lokasi bangunan ni betul2 depan blue wave hotel )… jumpa disana!! heheheh im xcited to see u!! 🙂

Budiey juga adalah salah seorang member di fanpage milik pengacara Melodi yang semakin meningkat sehingga mencecah 164,000 orang member. Wow! Satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan selebriti ternama yang lain. Tahniah!

Beruntung Fara Fauzana dapat sokongan dari peminatnya yang sangat ramai. Kalau semua peminatnya mengundinya untuk ABP, pasti menang Artis Paling Popular. Tapi Fafau tak pernah menang.

Budiey ingatkan majlis ini agak sederhana kecil… namun… setelah menjejakkan kaki di dewan… mmm… Ni dah macam kenduri kahwin.

Rasanya ini adalah majlis paling besar setakat ini yang dianjurkan oleh Fara Fauzana khusus untuk peminat yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi selama ini.

Di sini terbukti Fafau begitu menghargai peminatnya. Dengarnya, majlis ini adalah hadiah untuk peminat yang mengangkat Fafau menjadi pengacara paling popular di Malaysia. Jadi, hasil dari kemenangan itu, Fafau ajak peminatnya makan-makan.

4341622951 Fd2998Aae1 O | 4

Siap ada red karpet dan juga banner besar untuk peminatnya bergambar… Ye betul, macam hadir di majlis anugerah pulak rasanya.

4342363492 0C689F7B37 O | 5

Setiap peminat yang hadir diberikan juga goodie bag serta poster untuk Fafau tandatangan. Banyak ni! Kalau nak kira ni, ada dalam seribu orang. Tapi yang hadir tak sampai seribu.

Untuk media pula diberikan sebotol biskut raya keluaran Fafau Entertainment.

4341625129 Da1E3F7948 O | 6

Yang paling happy ialah kelab peminat setia Fafau iaitu FUNCORNER. Dapat meja VIP lagi ya.

4341625567 89820Af56E O | 7

Peminat yang hadir diceriakan lagi dengan celoteh lawak antarabangsa oleh hos Raja Azura. Memang tak kering gusi layan celoteh penyampai Sinar FM ni.

4341628039 1E51B8032B O | 8

4341628417 902215435E O | 9

4341629023 Ba51E5Cf35 O | 10

4341629873 9Db418E3Ab O | 11

4341630375 99Eb20Ae92 O | 12

4342371762 29Bf9E3Deb O | 13

4342372112 9001A070B2 O | 14

4341632185 07C432Fed0 O | 15

4341632905 936Edcc04C O | 16

4342373714 Cc0423A7E7 O | 17

4342373944 037E9C58Ea O | 18

4342374398 06D2D91B62 O | 19

4341633967 4Eb5033348 O | 20

4342375482 216Ed577Bc O | 21

4342375664 1767B07828 O | 22

4342376160 397Bfd82C5 O | 23

4342376330 1B7F4B8Ab1 O | 24

4342376896 B778A8B317 O | 25

4342377004 Dba9Bb2413 O | 26

4342377592 F867F3C6A5 O | 27

4342377924 6D8680F436 O | 28

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam, Intan Ladyana dalam Drama Jangan Pandang Belakang Siri 2

Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru