in ,

Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru

Baru-baru ini, bintang AF terkenal iaitu Akim dan Mila telah menjalani sesi alih bahasa untuk filem animasi terbaru dari Thailand iaitu Khankluay 2. Ternyata, kedua-dua dari mereka sangat excited kerana dapat menimba pengalaman untuk memasukkan suara bahasa Melayu untuk tontonan peminat animasi di Malaysia.

Kalau diterjemahkan, filem ini berjudul Jumbo Gajah Biru. Sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Akan menjengah pawagam mulai 11 Mac ini.

SINOPSIS FILEM ANIMASI

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? Temui jawapannya dalam “Jumbo Gajah Biru” yang akan menemui anda di panggung tidak lama lagi.

BILA?
Bermula pada 11 Mac 2010 GENRE? Animasi, Hiburan Keluarga, Pengembaraan SIAPA?

Pengarah :
Taweelarp Sriwootiwongse

Alih suara :
Akim & Mila (Akademi Fantasia)

Bahasa:
Bahasa Melayu (Bahasa)

Durasi:
Anggaran 92 mins

Laman Web Rasmi:
wwww.khankluay.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30

Bujang Sepah Lalalitamplom