in , ,

Shaheizy Sam, Intan Ladyana dalam Drama Jangan Pandang Belakang Siri 2

JANGAN PANDANG BELAKANG SIRI 2 KEMBALI DI TV2 MULAI 9 FEBRUARI INI

Drama rantaian Jangan Pandang Belakang yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu berakhir dengan pengakhiran kisah saka Tok Lang berjaya ditangkap oleh Syakir dan Imam Sani dan dimasukkan ke dalam botol yang sama lalu di tanam di bawah sebuah pokok sama seperti dalam filem.

Begitu pun kerana permintaan penonton yang ingin mengetahui kesinambungannya, drama terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd ini kembali menerusi Jangan Pandang Belakang Siri 2 menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 9 Februari 2010, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2.

Menerusi 26 episod siarannya, Jangan Pandang Belakang Siri 2 mengetengahkan babak-babak mendebarkan setelah Normadiah menelefon anaknya, Khairul yang tinggal di bandar untuk mengkhabarkan berita tentang kematian suaminya, Hisyam. Saodah, ibu mertua Normadiah juga sedang menangisi kematian anaknya yang satu-satunya itu. Saodah sudah nyanyuk dan dia tidak dapat menerima kematian Hasyim. Semasa Saodah bangun untuk ke biliknya, dia terlihat satu bayang hitam di dinding. Pada masa yang sama,kelihatan Meor sedang ulang-alik di hadapan rumah Normadiah.

Di bandar, Khairul sedang mengemas pakaiannya untuk pulang ke kampung. Khairul bertekak dengan Hanimah yang tidak mahu pulang ke kampung. Hanimah memujuk Khairul untuk pulang saja pagi esok namun Khairul bertegas untuk pulang ke kampung malam itu juga.

Saodah sudah terbaring di atas katil di biliknya namun dia tidak dapat melelapkan matanya sambil kedengaran suara Normadiah yang membaca surah Yasin untuk Hasyim. Saodah menuju ke tingkap biliknya. Dia menegur ’seseorang’ di situ dan menyuruh ’orang’ itu pergi dari situ dan jangan menganggunya yang mahu tidur. Jauh di sudut hati Normadiah, dia juga dapat merasakan kehadiran ’sesuatu’ di situ.

Khairul dan Hanimah bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Khairul meminta Hanimah mengejutkan Nussyira supaya mengikut mereka pulang ke kampung. Namun begitu, Hanimah melarang Khairul untuk membawa Nursyira bersama l.

Hanimah menelefon Nazmi untuk memberitahu tentang berita kematian datuknya. Johari dan Mona terkejut mendengar khabar tersebut. Mona menyuruh Nazmi balik ke kampung namun Nazmi tidak mahu. Khairul mengetuk pintu bilik Nursyira. Dia mahu membawa balik Nursyira ke kampung namun Nursyira menolak perlawaan Khairul. Nursyira juga meminta Hanimah berhati-hati semasa di kampung kerana kemungkinan saka Tok Lang masih ada lagi di kampung Khairul.

Normadiah terlihat satu kelibat melintasi luar pintu rumahnya. Normadiah terkejut dan cuba mengintai kelibat terbabit. Kasmiah datang dari arah belakang dan menegur Normadiah. Kasmiah datang untuk membantu apa yang patut. Normadiah memberitahu Kasmiah bahawa dia risau dengan keadaan Khairul kerana Khairul sangat rapat dengan arwah Hasyim.

Kasmiah menasihati Normadiah agar bersabar dan meminta Normadiah berehat. Semasa Kasmiah sedang menyiapkan air di dapur, dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang mengintainya di balik dinding dapur tersebut. Apabila dia berpaling ke belakang tiada apapun di situ.

Akhirnya, Khairul dan Hanimah sampai di kampung. Khairul melihat jenazah ayahnya dan mencium jenazah tersebut. Hanimah kelihatan tidak selesa apatah lagi dengan kehadiran Kasmiah di situ. Keesokan harinya, di bandar Nazmi bangun dari tidur. Kelihatan Mona yang sedang duduk di atas katil sambil merenung Nazmi. Nazmi memarahi Mona kerana tidak mengejutkannya. Dia hampir terlewat untuk mesyuarat.

Di kampung, Hanimah bengang dengan Saodah yang nyanyuk tapi asyik menyindirnya. Khairul berterima kasih pada Kasmiah yang selalu menemani Normadiah ketika ibunya memerlukan seseorang. Khairul juga ada bertanya tentang anak-anak Kasmiah.

Pada masa yang sama,Nursyira telah didatangi Zakri, teman lelakinya. Nursyira memarahi Zakri kerana Zakri telah menyebabkan dia cedera akibat kemalangan tempoh hari. Ketika sedang bertekak,Nursyira dan Zakri terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Nursyira menelefon Hanimah dan meminta Hanimah pulang dengan segera.

Ketika Nursyira menunggu kepulangan Nazmi, tiba-tiba piano berbunyi dengan sendiri. Dia mula menggelabah dan keluar dari rumah tersebut. Di akhir cerita kelihatan Meor sampai di rumahnya dan hantu sedang terbang berhampiran dengan rumah Meor.

Namun benarkan saka Tok Lang masih lagi berleluasa di kampung mereka atau pun sebaliknya ada makhluk lain yang menggangu ketenteraman mereka? Untuk mengetahui kesudahannya usah ketinggalan menyaksikan Jangan Pandang Belakang Siri 2 yang dibintangi oleh Normah Damanhuri, Aman Shah, Kathy Azean, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Fauzi Nawawi dan Ruminah Sidek ini.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. boring ! terlampau byk citer seram, tahyul n misteri sampai keluar hantu2 yg kita tk pernah dengar citer mcm zaman tok nenek kita dulu…byk sgt antu, dah jadi x xcited…satu2nya citer tahyul yg aku tgk cuma ceplos jer..sebab kelakar..

  2. entahnyaaa………….entah aper2 tah!kot ye pun nk wat citer ngeri bior ler betui2….nie muzik jer yg bunyi seram…antunya x pun….heheheee….tapi aku jarng gak tengok citer tuh.aku takottttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Penunggu Gunung Raya & Siong TV3

Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30