in , ,

Tahniah! Skyline Luge Meraikan 100 Juta Tunggangan Serata Dunia

Dari Sebuah Gerabak Di New Zealand Kini Jadi Sensasi Dunia: Skyline Luge Kuala Lumpur Rai Kejayaan Global Bersama Peminat Malaysia

Bayangkan satu tempat di mana keseronokan bukan sekadar pada kelajuan, tapi juga pada kenangan yang tercipta di setiap pusingan tayar. Itulah Skyline Luge, tarikan berasaskan graviti yang kini menggemparkan dunia dengan 100 juta tunggangan! Yes, korang tak silap baca — 100 juta ride, sama dengan pusing planet bumi hampir 2,500 kali!

Bermula di lereng bukit Rotorua, New Zealand, hasil idea gila genius bernama Hylton Hensman, Luge kini jadi ikon hiburan dunia. Siapa sangka idea main ‘Billy Cart’ masa kecik boleh jadi pengalaman ekstrem yang digilai oleh jutaan orang dari pelbagai negara?

Skyline Enterprises, syarikat dari New Zealand ni memang bukan calang-calang. Diorang tak pernah duduk diam. Dari satu ride DIY, terus conquer pasaran hiburan dengan lapan lokasi ikonik termasuk Singapura, Korea Selatan, dan Malaysia.

Skyline Luge Kuala Lumpur Buat Kejutan: 2 Juta Tunggangan Dalam Masa Setahun!

Tak sampai dua tahun beroperasi, Skyline Luge Kuala Lumpur dah berjaya kumpul lebih 2 juta tunggangan. Budiey sendiri sempat merasa vibe dia masa mula-mula buka dulu — serious, adrenaline rush dia lain macam! Apa yang buat Budiey lagi bangga, rakyat Malaysia bagi sambutan luar biasa. Maknanya, kita ni memang geng outdoor yang suka explore benda baru.

“Kami amat terharu melihat sambutan luar biasa rakyat Malaysia,” kata Gavin Barnes, Pengurus Besar Skyline Luge KL. “Sambutan ini membuktikan betapa besarnya minat rakyat Malaysia terhadap aktiviti santai tapi mencabar yang boleh dinikmati semua peringkat umur.”

Tahniah! Skyline Luge Meraikan 100 Juta Tunggangan Serata Dunia

Hadiah Percutian Ke Busan Bernilai RM28K, Siapa Tak Nak?

Bukan setakat sambutan biasa. Ini sambutan luar biasa. Skyline Luge Kuala Lumpur tengah anjur satu peraduan gempak untuk menang percutian 7 hari 6 malam ke Skyline Luge Busan, Korea Selatan. Yes, siap dengan flight, hotel, pas Luge, dan swag eksklusif bernilai RM28,000.

Cara nak join? Senang je!

  1. Ambil gambar atau video kreatif korang tengah enjoy kat Skyline Luge Kuala Lumpur.
  2. Post kat Instagram atau Facebook.
  3. Tag @skylinelugekualalumpur dengan hashtag #100MillionLugeSEA dan #100MillionLuge.
  4. Tarikh tutup penyertaan: 31 Julai 2025.

Nak menang? Buat content yang padu! Jangan takut nak buat slow-mo, POV, drone shot atau transition TikTok level profesional.

Lebih 100 Hadiah Harian Menanti Dalam Cabutan Instant Win

Kalau korang jenis yang suka cabutan bertuah, ini peluang korang. Dengan pembelian 4 atau 5 Luge Ride Combo, korang boleh menang baucar tunggangan, barangan eksklusif dan snek premium. Cabutan harian ni berlangsung hingga 31 Julai 2025. Dan paling rare, korang boleh posing dengan “Golden Luge Cart”, cart emas yang jadi simbol pencapaian 100 juta ride.

Budiey Kongsi Detik Pertama Di Skyline Luge Kuala Lumpur

Sebagai blogger hiburan & gaya hidup yang aktif explore lokasi-lokasi menarik di seluruh Malaysia dan luar negara, Budiey memang tak lepaskan peluang merasai sendiri vibe Skyline Luge KL.

“Masa pertama kali naik Luge kat sini, Budiey dapat rasa adrenaline tu betul-betul menyengat. Naik Skyride dulu, tengok view menghijau sambil angin lalu kat pipi. Lepas tu turun dengan Luge — rasa macam tengah berlumba F1 versi alam semula jadi!”

Jujur, ini bukan sekadar ride, ini pengalaman yang akan melekat dalam ingatan. Sesuai untuk couple, family, bestie trip ataupun geng influencer yang nak shoot content bombastic!

Skyline Luge Bawa Impian Kanak-Kanak Jadi Realiti

Bersama dengan Make-A-Wish Malaysia, Skyline Luge akan membawa anak-anak yang menghidap penyakit kritikal merasai pengalaman tunggangan percuma. Bukan sahaja mereka, malah keluarga, alumni dan sukarelawan turut diraikan. Inilah semangat sebenar Skyline Luge — hiburan yang menyentuh hati.

Inovasi Terbaru: HyFly Zipline Pertama Di Malaysia

Next level punya news — Skyline Luge KL akan lancar HyFly, zipline pertama seumpamanya di Malaysia! Ia bukan zipline biasa. Ada dua laluan serentak, berpusing, ada rel, dan pemandangan luar biasa. Siapa yang suka benda ekstrem, HyFly wajib masuk bucket list 2025!

Tahniah! Skyline Luge Meraikan 100 Juta Tunggangan Serata Dunia

Tarikan Lain Yang Tak Kurang Gempak

Skyride dan Luge dah jadi simbol taman ni, tapi Skyline Luge juga ada kawasan santai, kedai merchandise eksklusif, dan sudut ambil gambar yang memang Instagram-worthy. Setiap inci tempat ni memang dirancang untuk jadi syurga content creator.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang influencer & content creator yang selalu cari lokasi-lokasi rare dan berbaloi, Budiey boleh cakap satu benda je — Skyline Luge Kuala Lumpur bukan sekadar tempat lepak, tapi destinasi yang buat korang feel alive. Bukan setakat naik ride, tapi mencipta memori dan pengalaman luar biasa.

Kalau korang nak content yang boleh viral, tempat ini memang lokasi terbaik. Kalau korang nak bonding dengan family atau BFF, ini tempatnya. Kalau korang nak cabar diri, Skyline Luge sediakan platform yang selamat tapi thrill.

Jangan tunggu lama-lama. Sertai kempen ni, menang hadiah, cipta kenangan, dan jadilah sebahagian daripada sejarah 100 juta tunggangan Skyline Luge!

Untuk info lanjut & update terkini, korang boleh singgah laman web rasmi Skyline Luge atau follow mereka di Instagram dan Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Hussein Lakon Watak Bapa Demi Impian Anak Dalam ‘Baby Papa’

Sambutan Jubli Intan Penuh Gemilang Dengan Konsert Richard Marx di Genting