in ,

Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift

Pada 21 Mac 2008, jam 9 malam, Budiey berkesempatan menonton filem pertama arahan anak lelaki Datuk Yusof Haslam iaitu Evolusi KL Drift, sebuah filem aksi lumba kereta yang memaparkan isu dan pergolakan dunia remaja. Tahukah korang, filem pertama arahan Datuk Yusof Haslam? Yea, pada usia 36 tahun, Datuk Yusof Haslam telah mengarah filem pertamanya iaitu Bayangan Maut yang dilakonkan oleh Ella, Norkumalasari dan Sabree Fadzil. Manakala anaknya pula, Mohd Syamsul Bin Dato’ Yusof Haslam mengarah filem pertama pada usia lebih muda iaitu 23 tahun.

Budiey percaya, filem ini akan berjaya mencapai kutipan box-office berdasarkan kepada citarasa muda-mudi sekarang yang inginkan filem 100% berkisarkan dengan dunia mereka.

Turut membintangi filem Evolusi KL Drift ialah pelakon dari Singapura, Aaron Aziz. Rata-rata memuji gaya lakonan Aaron yang memegang watak ketua gangster yang sangat jahat dan kejam. Penonton diajak untuk menyaksikan lakonan hebat Aaron yang memang belum pernah dilakonnya sebelum ini. Syabas untuk Aaron Aziz! You did a great job!

aaron aziz

aaron aziz

kredit foto: Skop Productions Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd.

[tags]story line, ulasan filem evolusi kl drift, aaron aziz, Ella, foto Norkumalasari, Sabree Fadzil, gambar aaron, sinopsis kl drift, beza impak maksima, drama aaron, gambar isteri aaron, isu gangsterism, diana syamsul wedding, marketing blog, internal system blog, wordpress.org[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Persandingan Dynas Mokhtar di Putrajaya

Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK