in ,

Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK

Salam semua, harap pembaca semua sihat dan ceria-ceria selalu di pagi Isnin ini,

Ini ada lagi hadiah untuk korang pembaca setia Sensasi Selebriti!

Budiey dengen kerjasama Metrowealth Movies Production Sdn Bhd ingin mengajak 5 orang pembaca Sensasi Selebriti untuk menonton filem bersama pelakon filem CONGKAK di Majlis Pra Tonton Filem CONGKAK

Pada:
26 Mac 2008 (Rabu)

Jam:
10 pagi

Bertempat:
Golden Screen Cinemas, One Utama Damansara Utama

poster congkak

Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling seram selepas kelahiran filem Jangan Pandang Belakang.

Jadi, apa tunggu lagi! Kepada pembaca yang memang tidak ada kerja pada 26 Mac ini, bolehlah menghantar email kepada:

selewat-lewatnya pada 25 Mac 2008 dengan tajuk: Ingin Menghadiri Majlis Pra Tonton Filem CONGKAK.

Jangan lupa untuk sertakan nama, alamat ringkas dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Satu email untuk seorang sahaja. Tiada slogan diperlukan. Anda hanya perlu menghantar email sahaja!

Siapa cepat dia dapat!

Untuk pengetahuan semua, filem CONGKAK akan ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai 14 April 2008. Kepada pembaca yang tidak dapat hadir, anda boleh menonton sendiri di pawagam berhampiran. Jangan lupa Budiey juga akan mengadakan Reader’s ToGather Gather sambil menonton filem CONGKAK pada bulan hadapan. 30 goodie bag filem Congkak bakal menanti korang semua. Tunggu!

Jom lawat website rasmi filem congkak:
http://congkakthemovie.wordpress.com 

[tags]peraduan congkak, gathering filem congkak, melawan kesepian, rindu pada yg tak sudi, blogger isu, menteri penerangan, lesen blog, new media, ketentuan songs, lagu ramlah ram, lirik ketentuan, pelakon congkak[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift

Keputusan Pemenang Hits 1 Final & Tahniah Ramlah Ram Ketentuan