in , ,

Foto Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti ke-2

Hampir lupa pula nak letak gambar-gambar pembaca ketika Reader’s ToGether Gather anjuran Sensasi Selebriti di TGV, Suria KLCC. Janji kena tepati, nanti korang kata apa pula nanti.

Perancangan seterusnya, saya berhasrat untuk mempromosikan filem Waris Jari Hantu kepada pembaca di bulan Jun nanti. Dua cadangan telah dihantar kepada penaja. Pertama, peraduan Waris Jari Hantu dan keduanya adalah Perjumpaan Pembaca sambil menonton filem ke-7 arahan Shuhami Baba. Kalau tidak ada aral melintang, ikut pada plan asal, gathering ketiga Sensasi Selebriti akan diadakan pada 8 Jun 2007 (Sabtu). Sebelum anda tonton filem ini, saksikan dulu trailer Filem Waris Jari Hantu di sini.

507672888 A04245B71F O | 4
Bergambar beramai-ramai di kawasan ruang legar Concourse yang sesak di pagi Sabtu, 19 Mei.
507793202 D72B8Bf997 O | 5
Bersama Izham, blogger yang serba boleh serta berkecimpung dalam bidang fotografi.
507799702 Cbee8Dfa75 O | 6
Andrew & Syairil, antara blogger yang turut mendokong dan mereka ini peminat filem-filem Afdlin Shauki.
507824257 Eb30C5C04E O | 7
Abby, antara jutaan peminat Mila AF5 yang masih ada masa untuk datang tengok filem Sumo-lah di hari berlangsung konsert AF5 Final.

507823327 8623E9E5F1 O | 8
Coinsss, antara komentar setia di Sensasi Selebriti a.k.a penyokong Mila Wazzup-wazzup. Dah hafal lagu Mila – Persis Mutiara eh?
507828095 72Cd63B15C O | 9
Liza, antara pencinta goodie bag. Terima kasih sebab sudi datang… Nah dapat T-shirt Sumo-lah you all! Pakai tau, jangan ko tak pakai lak nanti. Kipas tu lak jangan guna untuk kipas boss… ops!
507801934 B792C07Bae O | 10
Herman & isterinya Caroline. Dah tengok Sumolah kali kedua ke belum ni? Hehehe… tak pun tunggu je DVD Sumolah yang akan menyusul pada bulan Ogos ini.
507829921 91Fe064799 O | 11
Pemenang cabutan bertuah. Beg SEED… wow… beg ni kira besar la jugak. Boleh isi baju buat untuk balik kampung ek?
507802322 991Fec4251 O | 12
Elok sangat la Andrew menang kain pelikat nih… hehehehe… dia ni namanya Andrew tapi berjiwa Melayu nih.
507705409 959C2C20C4 O | 13
Mazen & Izham… Eh mana pergi Mazen lama tak nampak kat ruang komen SS?
507704267 7570E3D22F O | 14
Duduk dari kiri, Azuan (bertopi), Abby, Aida, Syairil, Izham, Mazen, Andrew & Rozlan. Mat Salleh hujung tu tak termasuk.
507674036 0D3B6907A9 O | 15
Posing je korang…
507676788 Bf27Ee5F67 O | 16
507676414 Dfd83Fcc6C O | 17
Untuk kenangan sepanjang hayat, korang ni memang sporting.
507707479 D0085D835C O | 18
Acara bersembang dan bergosip sedang giat dijalankan.
507707935 08134Eaefd O | 19

Last but not least, thanks also to Vision Works Sdn Bhd who are sponsoring the event.

Jumpa lagi korang di gathering ke-3… masih dalam perancangan. Tunggu pengumuman dalam masa terdekat dengan hadiah dan goodie bag yang lebih mengancam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiasan Trending | 38

Festival Filem Pelajar Aswara 2007

Leila Alcasid | 39

Movie Carnical 2007 Kembali Lagi