in , , ,

Meriahnya! Ini Gambar Selebriti di Malam Gala SUMOLAH

Wow meriahnya! Ramai betul selebriti yang hadir di Malam Gala Filem SUMOLAH!

Acara bermula jam 8 malam dengan acara makan-makan sambil bersantai di luar dewan. Makanan dihidang ala cocktail. Macam-macam kuih muih ada dihidangkan. Sushi je yang takde. Kalau ada sushi rasanya mesti bertepatan dengan tema Sumolah. Masa saya masuk tu, selebriti tak tiba lagi.

Biasalah, selebriti kena datang lewat sikit. Baru nama selebriti. Mana boleh datang awal-awal. Jadi, saya keluar dulu mencari Klubbkidd yang katanya juga dijemput. Lalu, saya bertemulah dengan Joe Lee dan Juan yang sudah siap rapi ngan kot hitam. Sempat berikan T-shirt Heliza yang dipesan oleh Hazwan dari Heliza.com. Cabar Joe pakai masa konsert final. Tak pun kena pakai masa konsert AF minggu ni. Haha!

Semalam, khabarnya di diari, Aznil mengumumkan lokasi konsert final di Stadium Putra Bukit Jalil. Jauhnya. Rasa nak pergi, tapi tak tahu lagi la dapat ke tidak tiketnya. Memandangkan Mr. Manager masih lagi berada di luar negara, jadi nasib dan rezeki untuk ke konsert final masih terumbang ambing… 🙂 Ada sape-sape yang nak pergi konsert final? Kirim satu tiket, boleh?

Mula-mula, ternampak penyanyi Adibah Nor yang sedang makan-makan di hujung ruang. Sejak menang Juara Lagu, ramai sekali peminat yang datang nak bergambar dengan Adibah. Kemudian, datang pula Rizal dan Aizat. Sempat bergambar dengan Rizal Si Cayakkah? Rizal mesra orangnya. Selalu tersenyum dan melayan peminatnya dengan baik.

488534964 Cec4Cc0D8D O | 4
488565363 27C85595Ed | 5

Pelakon filem Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina pun turut datang. Khabarnya, beliau gagal untuk memenangi Pelakon Watak Utama Terbaik di Anugerah Seni Boh Cameronian Ke-5 Ahad lalu. Memandangkan produksi teater Puteri Gunung Ledang – The Musical (PGLM) mendominasi pencalonan yang ada, saya kira Tiara antara calon yang layak. Namun kejayaan tidak berpihak pada Tiara. Sudah jadi rezeki Jit Murat barangkali.

489057661 749C5Ea42E O | 6

 Sempat bergambar bersama Afdlin Shauki. Pelakon, pengarah, tukang cerita filem Sumolah. Sebelum tengok gelagat Amylea yang katanya peminat setia Afdlin. Seronok tengok artis minat artis. 🙂

489057337 Dd61920544 O | 7
489057019 Dc45971Bef O | 8

Isma Yusoof bersama Afdlin Shauki. Di-apit oleh Anne dan Shada. Khabarnya, filem terbaru Afdlin, The Brave sedang dalam pembikinan. Pengambaran dibuat di Bangkok, Thailand. Good luck to you, bro. Dengar cerita juga, filem Sumolah bukan setakat akan ditayangkan di Singapura, Jepun dan Thailand, malah pihak pengedar di Australia dan New Zealand juga ada bercadang untuk menayang di sana. Wah! Ni dah kira wang besar… wang besar!

489029008 3D246148B9 O | 9

Vanida Imran dan suami tercinta, pelakon Rashidi Ishak. Kiri sekali, sutradara Erma Fatima.

489056655 725Ccd3Bf4 O | 10

Pasangan paling romantis… Hehe, Afdlin Shauki dan Shada (pereka kostum) untuk filem Sumolah. 🙂

Teruja untuk tonton Sumolah. Nantikan 10 Mei ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afdlin Shauki 1 | 37

Foto Pelakon Thailand Inthira Charoenpura di Malam Gala Filem SUMOLAH!

Afdlin Shauki 1 | 38

Gambar Sekitar Malam Gala Filem SUMOLAH Movie