in , ,

Tahniah! Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia

Tahniah! Berjuta dan bermillion tahniah untuk anda dan juga Mila. Akhirnya suara majoriti telah memilih seorang juara wanita yang punya vokal yang unik dan mantap. Ya atau tidak, vokal Mila dikatakan akan menggugat nama Jaclyn Victor.

Pada saya pula. anda telah memilih juara yang memiliki vokal yang lebih mantap daripada Ezlynn. Ini berdasarkan pada penilaian saya. Apa-apa pun, anda akhirnya memecahkan tradisi juara Akademi Fantasia menjadi milik wanita. Syabas Mila, anda telah memecahkan rekod penguasaan pelajar lelaki yang selama ini mendominasi gelaran juara sebanyak 4 musim. Dengan mendapat 32% undian SMS sedikit sebanyak menyakinkan saya, penonton Malaysia sudah pandai menilai bakat dan kebolehan serta kredibiliti yang harus ada pada seorang bintang.

Mila bersaing rapat dengan Ebi yang mendapat 26% undian SMS, dicabar pula dengan Aswad yang akhirnya tidak berganjak dengan 21% undian SMS. Heliza pula agak kurang selesa di kedudukan ke-4 dengan 11% undian diikuti Candy ditempat terakhir dengan hanya mendapat 9% undian sahaja.

Kalau diimbas kembali, laluan perjalanan Mila… saya rasa punyalah banyak likuan harus ditempuhi. Dari mula Mila mengorak langkah dengan terselamat daripada penyingkiran kerana Zana menarik diri, kemudian Mila seperti batu permata yang hilang sinarnya sehingga mengaburi pandangan penonton. Nasib Mila memang baik kerana terus terselamat dari konsert ke konsert.

505076963 D189D797Eb O | 4

Tatkala pelajar lain mendapat sokongan dengan penubuhan kelab peminat, Mila bersendirian tanpa semua itu. Di konsert awal, saya perhatikan tidak ramai yang melaungkan nama beliau. Di konsert awal juga, tidak banyak banner yang dibawa oleh penonton di Dewan Sivik. Namun, semua ini berubah.

Seolah sebutir bintang telah dilahirkan pada pertengahan laluan AF. Membuatkan ramai yang sedar dan membuka mata bahawa Mila sepatutnya diberi satu ruang untuk membolot segala hadiah buat juara. Mila mendapat sokongan yang berterusan walaupun terpaksa menghadapi persaingan yang begitu sengit.

AF kali ini, ternyata pada saya sangat mendebarkan walaupun ramai dapat menjangka Mila akan menang berdasarkan pada sorakan yang bergema di Stadium Putra. Penyokong Aswad, Ebi, Heliza dan Candy tidak menyerah kalah sebelum tirai undian ditutup. Namun saya percaya, lagu Persis Mutiara dari Mila daya penarik utama konsert akhir.

Dalam ke lima-lima lagu baru yang dinyanyikan, hanya lagu Mila yang sedap dan catchy di telinga saya. Sungguh sedap lagu ini dan saya menjangkakan lagu ini bakal hits dan popular di radio-radio. Tidak syak lagi, kan?

Selesai menikmati konsert yang over-run itu, saya ke majlis sidang media untuk mendengar perbualan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan. Tidak banyak isu-isu yang panas. Soalan kepada pelajar pun tidak terlalu pedas sangat kerana media pun tahu mereka masih mengalami kejutan budaya. Saya kagum dengan gaya Mila menjawab soalan dari media.

Begitu yakin dan lancar sekali Mila menyusun ayat sehingga mendapat tepukan dari media. Apa yang saya ingin katakan, pilihan anda memang tepat. Mila ada pesona seorang bintang, Mila ada aura selebriti, Mila ada tahi lalat di pipi sebagai trademark, Mila ada suara yang sedap, Mila boleh buat orang suka dengan kegenitannya,

Mila boleh buat orang suka dengan kegedikannya, Mila boleh mengundang ketawa dengan keletahnya… dan Mila ada bakat seni untuk membuka satu lagi cawangan lombong emas buat astro… ops ke situ pulak.

Ulasan konsert dan beberapa cerita di karnival AF akan menyusul selepas ini. Jadi stay tuned di Sensasi Selebriti.

Fakta SMS

Jumlah undian SMS AF1 – 4.5 juta
Jumlah undian SMS AF2 – 15 juta
Jumlah undian SMS AF3 – 10.7 juta
Jumlah undian SMS AF4 – 7.4 juta
Jumlah undian SMS AF5 – 6.6 juta

505275461 D36143Eaca O | 5
505076453 C72C615D29 O | 6
505047090 6F9F1B9D50 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 30

Gambar Selebriti di Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Ke-5

Gadgetmodel Hiasan | 31

Gossip Selebriti: Misteri Adam Yang Dikatakan Telah Lupa Daratan, Apa Yang Terjadi?