in ,

Festival Filem Pelajar Aswara 2007

Festival Penilaian Tahun Akhir 2007 ASWARA berlangsung pada 4 hingga 18 Jun 2007

Sempena Festival Penilaian Tahun Akhir 2007 ASWARA pada 4 hingga 18 Jun 2007, beberapa filem akan ditayangkan kepada umum. Anda semua dijemput hadir. Saksikanlah karya-karya terbaru para pelajar jabatan filem & video ASWARA yang diterbitkan untuk setengah tahun pertama 2007 ini.

Tarikh:
15 – 18 JUN 2007

Tempat:
Dewan Kuliah Utama,
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
464 Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Masa:
8.30 MALAM (TAYANGAN FILEM)
9.00 PAGI – 5.00 PTG (TAYANGAN DAN PENILAIAN)

JADUAL TAYANGAN
15 Jun 2007 (Jumaat)

KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):
1. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
2. “IRE” (filem 16mm, warna)
3. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
4. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
5. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
6. “SKNH” (filem 16mm, warna)
7. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
8. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
9. ” TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)
2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
3. “JIPANG” (Video)

16 Jun 2007 (Sabtu)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
2. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
3. “QALAM” (filem 16mm, warna)
4. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
5. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
6. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
8. “TAMAN ROS MERAH” (video)

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “MENJELANG SENJA” (Video)
2. “BESI BURUK” (Video)
3. “SURA RUMAH”

17 Jun 2007 (Ahad)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
2. “IRE” (filem 16mm, warna)
3. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
4. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
5. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
6. “SKNH” (filem 16mm, warna)
7. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
8. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
9. ” TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)
2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
3. “JIPANG” (Video)

18 Jun 2007 (Isnin)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
2. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
3. “QALAM” (filem 16mm, warna)
4. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
5. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
6. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
8. “TAMAN ROS MERAH” (video)

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “MENJELANG SENJA” (Video)
2. “BESI BURUK” (Video)
3. “SURA RUMAH” (video)

KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI)

1. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: CUT MUTIA TEUKU ISKANDAR
Mengisahkan seorang nenek bersama cucu lelakinya di kampung. Zaitun (75 tahun) bersiap sedia untuk mengambil buku laporan akademik Ali, cucunya. Dalam perjalanan Zaitun membeli 3 batang aiskrim, 2 batang untuk cucunya dan sebatang untuk dirinya. Ali marah apabila mendapati aiskrim tadi telah cair lalu merajuk dan meninggalkan Zaitun.

2. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
Penerbit & Pengarah: AMIR SALLEHUDDIN ITHNIN
Kenshin adalah samurai dan pembunuh upahan puak Choshu yang memihak kepada kerajaan Meiji untuk menjatuhkan kerajaan Tokugawa. Kenshin akan membunuh sesiapa saja tanpa belas kasihan sehinggalah Kenshin bertemu dengan seorang wanita bernama Tomoe, tunang Kiyosoto. Sebelum pertemuan mereka, Kenshin adalah orang yang bertanggunjawab membunuh Kiyosoto. Kenshin dan Tomoe akhirnya jatuh cinta dan Tomoe menasihatinya agar tidak membunuh lagi.

3. “SKNH” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: AZIMUDDIN OMAR
Marduk ingin menguasai dunia dengan menakluki dua buah kampung yang terdapat begitu banyak buah rambutan iaitu kampung Shabra dan kampung Shatilla. Marduk mendapat bantuan orang kanannya (enlighten) tetapi dihalang oleh Baphomet yang telah menjalankan eksperimentasi jahat terhadap subjek Marduk dalam Operasi Morkingbird.

4. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
Penerbit & Pengarah: BENNYLITA NASUTY RAMLEE
Sang Pungguk turun ke bumi mencari cermin muka kesayangan kekasihnya, Sang Bulan yang tinggal di kayangan. Pengembaraan berbasikal merentasi gunung, hutan dan tasik telah menemukannya dengan Arjuna si Pungguk Perempuan, Sang Naga, Bigfoot, Orang Kenit dan Ikan Duyung. Apabila Pungguk turun ke bumi, dilihatnya tali sakti telah terhumban ke tanah. Berjayakah Sang Pungguk bertemu semula dengan Sang Bulan?

5. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: VENKATESH a/l SOMASUNDARAM
Sebuah filem pendek eksperimentasi kajian epistomologi iaitu menyoal ilmu dan minda manusia itu sendiri. Filem ini mengisahkan laluan hidup seorang insan yang terperangkap dalam dunia materialistik pasca moden. Keliru dengan makna kehidupan dan tidak pasti dengan apakah arah tuju resolusi kehidupan. Insan ini hanya bekerja bertungkus-lumus, siang dan malam demi mendominasikan mindanya dengan keperluan material. Kesemua realiti relatif hidup berhenti pada saat terakhir nyawa kehidupannya dalam dunia maya “underworld”. Di sinilah dia menyedari dirinya dan mengalami emosi tulen ketakutan, keseksaan, kasih sayang, serta benci yang menolak naratif ke arah resolusi penceritaan dan objektif manusia itu sendiri. Kesemua ini memaksa manusia ini mempersoalkan kepercayaan dan makna kehidupannya.

6. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SATHIYAVARMAAN a/l THIRUNAVUKARASU
Sam dan Michelle, anak kepada Douglas dan Jessica yang cuba untuk menyatukan ibu bapa mereka yang baru lepas bergaduh. Pertengakaran itu menyebabkan ibu bapanya tidur berasingan. Sam dan Michelle cuba menakutkan bapanya dengan bunyi-bunyian yang seram agar dia kembali tidur bersama ibunya. Douglas ketakutan dan masuk ke dalam bilik semula.

7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SYED OMAR SYED OTHMAN
Kisah kehidupan seorang kakitangan awam yang berkhidmat dibawah sebuah jabatan khas. Dibelenggu dengan kawalan serta nilai kesempurnaan, hanya mimpi yang dapat menerbangkannya jauh dari kebenaran realiti dunia.

8. “QALAM” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MUHAMMAD SHAREZZAHADI KOH MOHD NAJIB KOH
Perjalanan seorang sami Budhha, bernama Lee yang setia pada agamanya. Dengan berpandukan perkataan “ALLAH” yang diterimanya semasa sedang berdoa, Lee mencari mana datangnya perkataan itu. Dia telah pergi ke kuil, gereja dan surau untuk mencarinya. Dalam perjalanan Lee itu, dia bertemu dengan “halangan” yang membuatkan dia kabur terhadap Islam iaitu orang muslim yang telah memburukkan agama Islam itu sendiri.

9. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MOHD HAFDZI ABD RASHID
Orang Muda, seorang graduan sekolah seni persembahan berusaha setiap hari menempatkan dirinya dalam industri perfileman, tv dan teater tanah air. Kesempitan wang menyebabkan Orang Muda menjadi pelanggan tetap nasi lemak seorang janda anak satu yang digelarnya Seri Panggong. Pada suatu hari, Orang Muda mendapati gerai nasi lemak Seri Panggong telah ditutup. Ini mengakibatkan Orang Muda hilang fokus dan putus asa pada kariernya. Akhirnya Orang Muda mengambil keputusan untuk berniaga nasi lemak di tapak gerai nasi lemak Seri Panggong.

10. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: NOR EMELLY MOHD. SAAD
Mariam (22 tahun) dilahirkan bisu dan cacat sebelah kaki tetapi mempunyai bakat melukis. Dia melukis setiap apa yang dilihat atau berlaku ke atas dirinya. Ibunya berkahwin lain dengan seorang pemandu teksi, Yusof. Apabila Khatijah disahkan mengidap HIV, Yusof telah melakukan sesuatu terhadap Mariam tanpa pengetahuan ibunya. Mariam hanya mampu meluahkan segala-galanya dalam lukisan.

11. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: ZULAIKHA ZOLKIFLI
Sarah, seorang wanita yang berusia lewat 20-an yang mementingkan kesempurnaan atau “perfectionist”. Sarah berkahwin dengan Shafiq dan memperolehi 2 orang cahayamata. Pada suatu hari, Sarah mendapati suaminya berlaku curang lalu bertindak untuk membunuh Shafiq dan kedua-dua anaknya.

12. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MOHD AKRAM ISMAIL
Aiman dan Danial telah bersahabat sejak di universiti sehingga melahirkan bibit hubungan terlarang. Juwita tunangan Danial tidak mengetahinya sehinggalah terlihat Aiman dan Danial bermesra bersama. Danial bertindak memutuskan hubungan dengan Aiman. Semasa majlis persandingan Danial dan Juwita, sesuatu yang tidak diingini dari lumrah kehidupan normal berlaku.

13. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: NOR HAFIZAH MD. NOR
Aryana (17 tahun), seorang remaja yang lalai dan alpa akan tangungjawabnya terhadap diri sendiri dan keluarga. Dia telah hamil hasil hubungannya dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aryana cuba mencari penyelesaian jalan mudah tetapi dibatalkannya kerana melihat sendiri penderitaan rakan karibnya semasa menggugurkan kandungan. Hidupnya berubah setelah bertemu dengan seorang wanita tua.

14. “IRE” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SORAYA NABIHAH ADAM
Mengisahkan tentang seorang budak perempaun bernama Fifie(12 tahun) yang pendiam. Ibunya Lydia So, seorang yang kuat bekerja sering menginggalkan Fifie bersama bapanya, Dhany. Fifie seringkali mengalami mimpi aneh iaitu de javu. Mimpi yang akhirnya menjadi realiti itu menyebabkan Fifie nekad untuk melakukan sesuatu. Baginya, tiada sesiapa yang boleh merampas dirinya, keluarga dan kehidupannya.

15. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: LIM MIN YAW
Cecile dan Bernard adalah sepasang kekasih yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti. Pada suatu hari, Cecile telah cuba dirogol oleh seorang pengawal keselamatan tempatnya bekerja. Semasa kejadian itu berlaku, Cecile teringat kembali apa yang telah Bernard lakukan pada dirinya. Cecile cuba mempertahankan dirinya dan bertindak melakukan sesuatu.

16. “TAMAN ROS MERAH” (video)
Penerbit: RAFIZAH BASRI, Pengarah: AMAR MD. NOR ARAFAT
Rambai amat meminati seorang wanita bernama Azlina yang sering diperhatikannya menunggu teksi. Setiap kali ingin berkenalan, Rambai akan membawa sejambak bunga ros merah tetapi seringkali gagal untuk menyerahkannya sehingga menjadi bunga-bunga kering yang menjadi perhiasan di biliknya.

17. “TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)
Penerbit: NORFADILA ZULKAFELEY, Pengarah: CHE MOHD KHAIRUL AZIZI
Mengisahkan kekaluatan di sebuah rumah di antara tuan rumah, Penghantar Bungkusan (Hamdan) dan posmen. Salah sangka di antara ketiga-tiga watak dan perasaan takut Hamdan dan posmen menimbul peristiwa huru-hara sehingga tuan rumah pengsan.

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)

Penerbit: MAZLAN ZULKIFLY, Pengarah: FATUL RAHMAN AHMAD GHAZALI
Dokumentari ini mengisahkan “survival” sebuah rumah kayu lama No.41, Jalan Chow Kit yang dikelilingi bangunan dan rumah kedai moden. Memaparkan suka-duka kehidupan dan kekentalan jiwa pewarisnya dalam mempertahankan hak, warisan dan “wasiat” walaupun sering ditawarkan wang berjuta untuk menjual rumah tersebut.

2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
Penerbit: NORHAZLIN NORSALAM, Pengarah: AZIZI ISMAIL
Dokumentari ini menceritakan tentang seorang lelaki Cina bergelar Mr. Chin. Beliau mempunyai personaliti menarik, istimewa, berbakat dalam bidang seni dan mempunyai pekerjaan yang unik iaitu “penilik dan pembuang tahi lalat”.

3. “MENJELANG SENJA” (Video)
Penerbit: SYAHRUL ASWARI, Pengarah: AHMAD BASRI HASHIM

Laman web ASWARA: www.aswara.edu.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5

Foto Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti ke-2