in ,

Filem Malbatt: Misi Bakara Berjaya Kutip RM32.5 Juta Melepasi Filem PASKAL

Filem “Malbatt: Misi Bakara” berjaya melepasi kutipan filem “Paskal The Movie” dan “Air Force The Movie” dengan meraih kutipan sebanyak RM32.5 juta dalam masa lima minggu tayangan sejak 24 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Operasi GSC Movies yang juga merupakan Penerbit Eksekutifnya, Tung Yow Kong, menyatakan kepuasan mereka terhadap prestasi filem tersebut.

“Seperti yang pernah pihak kami nyatakan sebelum ini, harapan kami adalah untuk memperbaiki kutipan filem terbitan kami sebelum ini. 
“Malah, kutipan filem Malbatt: Misi Bakara setakat ini juga sudah berjaya mengatasi filem terbitan kami sebelum ini iaitu Paskal The Movie (RM30.8 juta) dan Air Force The Movie : Selagi Bernyawa (RM30.6 juta),” 

– Yow Kong
Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam Mulai 24 Ogos Ini!

Yow Kong menyatakan bahawa mereka akan terus menayangkan filem “Malbatt: Misi Bakara” di pawagam tempatan selama masih terdapat permintaan dari penonton.

“Pihak kami sentiasa berlapang dada dan berterima kasih dengan sambutan penonton pada filem terbitan GSC.”

– Yow Kong

Mengulas perancangan untuk tayangan filem itu di platform OTT seperti Netflix pula, kata Yow Kong lagi, buat masa ini, pihaknya masih menumpukan tayangan di pawagam.

“Filem ini juga masih ditayangkan di pawagam tempatan.
“Namun, jumlah pawagam pastinya sudah berkurangan kerana filem ini sudah lebih sebulan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air.
“Selepas tamat tayangan di pawagam, barulah pihak kami bersedia untuk umumkan tayangan di platform lain,”

– Yow Kong

Filem arahan Adrian Teh ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, G Theebaan, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AISHA RETNO

Aisha Retno Luah Rasa Simpati Lepas Gagal Dalam Cinta Lagu TERNOKTAH 

Kisah Romantik Bintang K-Pop dalam DOONA! Mulai 20 Oktober Ini