in , ,

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

Pada 25 Julai yang lalu, Budiey berkesempatan untuk menonton sebuah filem berjudul ADOII JIWAKU. Tayangan filem ini adalah bertepatan dengan penganjuran Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) 2023 di MyTown Kuala Lumpur.

Sekali lagi Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru telah kembali dengan sebuah lagi naskah filem terbaharu berjudul ADOIII JIWAKU.

Filem ini bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini. 

Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon handalan tanahair seperti Steve Yap, Ali Arami, E. Ramanamohan, Amber Chia, Allahyarhamah Adibah Nor, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid dan ramai lagi.

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

Sinopsis Filem ADOIII JIWAKU

Filem ini berkisarkan tentang tiga orang rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. 

Oleh kerana personaliti dan pendapat serta pandangan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. 

Dalam satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain. 

Jadi, sudah tentu mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan mereka terpaksa tinggal dan hidup di dalam badan orang lain. 

Ketiga mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari. 

Sia belajar untuk melihat melalui  perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga tiga rakan ini ditimpa musibah? Bagaimana mereka dapat mengatasinya? Adakah mereka akhirnya terus menjadi sahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita? 

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

Filem ADUII JIWAKU Sajikan Hiburan & Teguran Bersahaja

Filem ini banyak mengajar penonton tentang erti setia kawan dan juga menitik-beratkan nilai murni dalam membentuk masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dengan menanamkan sikap toleransi dan kerjasama. 

Beberapa babak dalam filem ini dilihat cuba untuk menjentik jiwa penonton serta menyindir secara halus tentang budaya serta sikap sesetengah warga Malaysia. 

Setelah menonton filem ini Budiey rasakan, penonton akan terhibur dengan babak-babak lucu yang disampaikan secara bersahaja. Skrip dan dialog yang spontan juga membantu membangkitkan rasa minat penonton untuk menikmati jalan cerita sehingga ke penghujungnya. 

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

Babak Pegang Anjing Dalam filem Adoiii Jiwaku Bakal Diperkatakan Netizen

Pengarah filem Adoiii Jiwaku, Steve Yap tidak bimbang sekiranya babak pegang anjing dalam karya sulungnya itu mencetuskan kontroversi apabila ditayangkan pada 7 September depan.

Steve berkata, babak yang dipaparkan bukanlah sengaja diada-adakan untuk memancing emosi penonton.

Sebaliknya, Steve memaklumkan, selain mendapat persetujuan pelakon, dia juga terlebih dahulu bertanyakan perkara itu kepada pihak yang lebih arif dalam agama supaya tidak berlaku perkara berbangkit pada kemudian hari.

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

“Ketika sesi uji bakat, saya terlebih dahulu bertanyakan kepada pelakon adakah mereka boleh melakonkan babak pegang anjing.
“Kalau tak boleh, saya akur sahaja. Lagipun, ada sebab mengapa babak ini perlu ada kerana mahu menyelamatkan haiwan ini daripada terseksa, bukannya suka-suka.
“Saya juga ada juga merujuk soal ini kepada rakan pelakon yang juga seorang ustaz. Apa sahaja babak yang ada kaitan dengan agama, saya memang rujuk terlebih dahulu.
“Jika apa yang saya sampaikan betul, saya tidak takut. Saya suka jika menjadi isu kerana secara tidak langsung orang akan tahu mengenai filem jika isu digembar-gemburkan,”

– Steve Yap

Babak pegang anjing itu memaparkan bapa dan anak lelaki terserempak dengan anjing dalam kesakitan apabila lehernya terikat pada tiang lampu jalan ketika dalam perjalanan ke masjid.

Simpati keadaan haiwan itu, anak beranak itu membuka ikatan, kemudiannya si bapa mengajak anaknya untuk melakukan samak bersama.

Berkongsi karya berkisar mengetengahkan kepelbagaian kaum, Steve berkata, skrip filem terperap selama 10 tahun berikutan tidak ada produksi berani menerbitkannya.

Filem ADUII JIWAKU Arahan Steve Yap di Pawagam Mulai 7 September Ini

“Idea menghasilkan filem ini tercetus sejak sedekad lalu ketika saya menonton filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Dari situ, timbul untuk mengarahkan filem berkaitan kepelbagaian kaum dan budaya.
“Bagaimanapun, kebanyakan pelabur yang ditemui tidak berminat bekerjasama kerana berpendapat isu yang dipaparkan agak sensitif dan bimbang tidak dapat ditayangkan.
“Hanya selepas bertukar kerajaan pada 2018 barulah ada pelabur berani menerbitkan filem ini,” 

– Steve Yap

Jangan lupa untuk menonton dan saksikan filem ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda 7 September nanti.

Tentang Pembikin Filem ADUII JIWAKU

Pengarah – Steve Yap
Penulis Skrip – Chan Mae Si
Pelakon
Sia – Steve Yap
Ayis – Ali Arami
Malesh – E.Ramanamohan @ Mohan
Munah – Adibah Noor Binti Mohd Omar
Sue – Amber Chia
Pablo – Pablo Amirul
Ayah – Anuar Bin Abdul Hamid

Special Appearance
Cashier – Jack Lim
Road Block Police – Chan Fong
Guru Masalah – Mark O’dea
Dato – Dennis Lau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar Inovasi Boleh Lipat Galaxy Z Flip5 & Galaxy Z Fold5

BELL NGASRI

ABPBH 35 Capai 5.6 Juta Tontonan TV,  2.9 Billion Capaian di Platform Digital