in ,

Faralyna Idris Rancang Nikah Disember Ini

Budiey rasa terkejut juga tiba-tiba, pelakon yang popular dengan drama Dingin Lavenda, Faralyna Idris mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang Disember tahun ini. Faralyna bakal berkahwin di usia 23 tahun, dan beliau ada memberitahu keputusan untuk berkahwin berlaku secara kebetulan dan kini sedang sibuk membuat persiapan bertunang pada 31 Mei ini.

Faralyna Idris

Melalui laporan Harian Metro, Faralyna mengakui sudah mengenali bakal suaminya sekitar dua tahun lalu melalui seorang rakannya dan menerima lamaran tersebut selepas yakin dan melihat sikap bertanggungjawab yang ada pada jejaka tersebut.

“Saya mengenali bakal suami sekadar teman yang lama-kelamaan menjadi teman rapat, namun sepanjang perhubungan itu kami tidak pernah ‘declare’. Apabila sudah lama berkawan saya dapat rasakan keserasian antara kami dan dari situ timbul rasa sayang. Saya dan dia sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing dan mereka merestui perhubungan ini.

Justeru saya tidak mahu terlalu lama berfikir apatah lagi melihat sikap tanggungjawabnya sebagai abang sulung kepada tiga beradik serta membantu menguruskan keluarga selepas kehilangan ibunya tahun lalu, meyakinkan hati ini dialah yang terbaik untuk saya.”

Malah, Faralyna berkata keputusannya untuk berkahwin tidak ada kena mengena dengan kekecewaan sebelum ini dan menegaskan dia enggan dikaitkan lagi dengan Hairul Azreen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Tolak Hasrat Siti Nurhaliza & Sheila Majid Untuk Cipta Lagu

Noniswara Nafi Ada Bercinta Dengan Usahawan