in

Aizat Amdan Tolak Hasrat Siti Nurhaliza & Sheila Majid

Sebagai seorang komposer muda, tentunya satu penghargaan besar dan bermakna buat dirinya apabila diminta oleh artis tersohor lagi berpengaruh tanah air menciptakan lagu untuk mereka. Namun penyanyi Aizat Amdan mendedahkan dia pernah menolak hasrat beberapa orang figura seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.

aizat-amdan

Bercakap kepada sebuah portal berita, Aizat, 25, berkata, dia masih belum yakin mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis popular dan jauh berpengalaman serta mereka yang dianggapnya sebagai idolan dalam bidang seni suara.

“Bukan saya tidak mahu buat (lagu) tetapi saya takut dan belum yakin terutama untuk orang lain dan orang tersebut pula adalah dola-idola saya. Untuk artis seangkatan pun saya belum pernah berikan lagu, inikan pula mereka yang sudah ada kelas tersendiri. Saya akui masih belum layak untuk mencipta lagu untuk mereka.”

Bagaimanapun, kata Aizat keyakinannya kini semakin bertambah dan dia bersedia untuk memberikan lebih fokus terhadap penciptaan lagu. Beliau berkata, ada beberapa lagu ciptaannya yang kurang bersesuaian dengan genre yang dibawa dan ia akan diberikan kepada beberapa artis baharu.

“Saya ada banyak koleksi lagu tetapi sebelum ini saya tidak pernah berniat nak bagi pada orang, saya takut orang tak nak terima lagu saya. Sekarang keyakinan saya semakin bertambah dan mahu beri fokus untuk buat lagu pula terutamanya kepada artis-artis baharu.”

Sementara itu, Aizat yang sekarang sibuk dengan kerjaya menggesahkan yang dia belum mempunyai teman istimewa. Namun akui Aizat, hatinya sudah terdetik untuk mendirikan rumah tangga selepas abangnya iaitu Anas berkahwin minggu lalu.

Aizat Amdan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem The Fault in Our Stars

Faralyna Idris Rancang Nikah Disember Ini