in ,

Fad Terkilan Abam Tak Berjaya Ke Final

Super Spontan kali ini mengajar sesuatu kepada Fad agar berfikiran kreatif untuk menghiburkan peminat. Tidaklah nanti persembahan dikatakan ala kadar dan asyik idea yang sama. Takut pula dikatakan lawak slapstik kan?

Budiey sempat menyelami perasaan pemenang tempat pertama saat beliau menjulang trofi semasa  Datuk AC mengumumkan namanya sebagai juara. Sesuatu yang sukar dipercayai oleh Fad kerana finalis lain sememangnya hebat-hebat. Sujud syukur Fad semalam dan kelihatan beliau sangat terharu dengan kemenangan ini.

“Ini rezeki dari Allah dan saya sangat bersyukur. Terima kasih juga saya kepada Datuk Afdlin Shauki yang memberi peluang kepada saya. Beliau adalah seorang sifu saya dan saya takkan lupa jasa beliau.”

Namun, Fad melahirkan rasa terkilan kerana adik beradiknya tak lengkap berada di pentas final tanpa kehadiran Abam yang tersingkir.

Fad Bocey Akui Bukan Mudah Untuk Menang Juara SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Farhain Kesal Berita Palsu Saleem Meninggal Tular 

Peraduan Menang Tiket Ke NIGHTS OF FRIGHT 6 di Sunway Lagoon