in ,

Syafiq Farhain Kesal Berita Palsu Saleem Meninggal Tular 

Anak kepada penyanyi terkenal Saleem, Syafiq Farhain kesal dengan penularan berita palsu kononnya bapanya meninggal dunia sejak pagi semalam. 

Anak kepada penyanyi terkenal Saleem, Syafiq Farhain kesal dengan penularan berita palsu kononnya bapanya meninggal dunia sejak pagi semalam.

Syafiq yang terkejut dengan penularan berita palsu itu meminta mereka yang tidak bertanggungjawab tampil memohon maaf sambil menghentikan penyebaran berita yang bukan hanya menyusahkan ahli keluarganya malah juga kepada peminat setia bapanya itu.

Penyanyi Saleem Kemalangan Kini Dirawat Di Hospital Kajang

“Bengang tu mesti ada sebab ada orang suka-suka buat cerita tanpa soal siasat… ikut suka dia je… jika cerita lain mungkin boleh diterima tapi ini soal kematian dipermainkan.

“Saya merayu dan harap hentikanlah menyebar cerita palsu ini, jika tidak tahu lebih baik duduk diam dan jangan susah-susah nak fikir untuk reka cerita karut itu.

“Saya juga turut berharap individu yang suka reka cerita tidak mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain, daripada duduk buat mulut sana sini, apa kata kita doa semoga ayah saya cepat sembuh,” – Syafiq Farhain

Saleem, 56 atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed yang popular dengan lagu Blues Terengganu Kita sebelum ini dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku berdekatan rumahnya di Taman Mahkota Cheras.

Saleem berasal dari Setiu, Terengganu yang menunggang motosikal Yamaha LC dikatakan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak sehingga mengakibatkan tulang rusuknya patah dengan satu daripadanya tertusuk pada organ paru-paru.

Syafiq yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku bagaimanapun mengakui bapanya kini stabil dan masih dirawat sambil dipantau rapi doktor serta jururawat di Hospital Kajang.

“Ayah kini stabil dengan bantuan mesin, namun mengharapkan peminat setia terus mendoakan supaya ayah cepat sembuh dan hentikanlah menyebar berita palsu itu,” – Syafiq Farhain

Semoga lepas ni, tak payah la nak menular berita-berita palsu ya. Harap hadam.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fad Bocey Juara Super Spontan Xtravaganza 2018

Fad Terkilan Abam Tak Berjaya Ke Final