in ,

Elektrifikasikan Perjalanan Anda dengan Tawaran Hebat MINI Malaysia

MINI Malaysia membuka tawaran menarik menerusi aneka opsyen pembiayaan dengan kadar faedah serendah 0.98%.

MINI, jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia yang menggandingkan pesona Britain dan kejuruteraan Jerman, mempersembahkan pelbagai tawaran menarik buat rakyat Malaysia. Para peminat MINI bakal disajikan dengan penjimatan serta opsyen pembiayaan yang menakjubkan. 

Sehingga hujung September ini, pelanggan jentera MINI yang baharu dapat menikmati tawaran bertempoh terhad dengan kadar faedah serendah 0.98% melalui Pelan Pembiayaan “Straight-Line” untuk mengalami sendiri mobiliti elektro bertaraf premium dengan harga yang amat berpatutan. 

Elektrifikasikan Perjalanan Anda dengan Tawaran Hebat MINI Malaysia

Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia berkongsi, “Legasi MINI yang menjangkau usia 64 tahun, didefinisikan melalui senyuman yang diukir oleh jentera ini pada wajah pemiliknya, sambil ia terus membekalkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan serta menzahirkan gaya sensasinya. Dan dengan pengenalan program penjimatan MINI Electric, kami ingin mengelektrifikasikan legasi tersebut. Koleksi tawaran khas ini yang terdiri daripada pelbagai imbuhan menarik dilihat merangkapkan sejarah MINI yang ikonik, selain menekankan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan anjakan ke arah mobiliti elektro di Malaysia.”

Usaha yang dicurahkan oleh para pembekal tenaga dan infrastruktur sedang menaik taraf aksesibiliti fasiliti pengecasan di samping memudahkan lagi penggunaan kenderaan elektrik di negara ini. 

Mengalir dalam nadi yang sama, BMW Group Malaysia juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam rangkaiannya setakat ini. 

Nikmati perjalanan anda bersama MINI dengan penjimatan dan imbuhan menarik yang bersamaan dengan nilai berupa sekitar RM20,000. Koleksi tawaran tersebut meliputi:

  • MINI Wallbox Percuma: Memudahkan urusan pengecasan jentera MINI Electric anda, selain mengelakkan keperluan untuk kerap mengunjungi fasiliti pengecasan awam.
  • Pengecasan Awam 1 Tahun Percuma: Nikmati akses pengecasan awam di semua rangkaian stesen JomCharge serta stesen-stesen ChargEV yang terpilih.
  • Waranti Lanjutan: Berlapang dada dengan penambahan 1 tahun dalam liputan waranti Inklusif Servis dan Pembaikan MINI anda, memanjangkan tempoh keseluruhan liputan kepada 5 tahun.
  • Rebat Menarik: Terokai rebat menarik di pusat-pusat pengedaran MINI yang bertauliah, memperkayakan lagi nilai yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, MINI Financial Services juga telah memperkenalkan pelbagai pelan pembiayaan, bermula dengan kadar serendah 0.98% menerusi Pembiayaan “Straight-Line”. Sementara itu, dengan opsyen Pembiayaan “Easy Drive”, ansuran bulanan anda boleh menjengah nilai serendah RM1699 sahaja, memudahkan akses mobiliti elektro premium tanpa memberi kekangan dari sudut kewangan dan kepuasan pemanduan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINI, sila KLIK SINI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Khas ‘Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’ Raih Anugerah Gangsa

Konsert Ruffera: That Moment In Time Tour Gegarkan Kuala Lumpur