in

DVD KARAK Laluan Puaka Kini Di Pasaran

DVD “Karak, Laluan Puaka” Versi Ekonomi & Bajet.

Selepas mengecapi kejayaan yang memberangsangkan dengan kutipan sebanyak RM4.4 juta di pawagam pada 26 Mei yang lalu, “KARAK” filem ke-9 keluaran KRU Studios yang berkonsepkan hardcore horror kini tampil dipasaran dalam bentuk cakera DVD. Filem bergenre seram pertama terbitan KRU Studios ini menerima sentuhan emas daripada pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim dan merupakan filem ke-4 di bawah arahannya. KRU Studios mengambil langkah strategik dengan mengeluarkan filem ini di dalam bentuk cakera DVD dan ianya terbahagi kepada 2 versi iaitu versi Ekonomi dan Bajet. Struktur harga cakera DVD adalah seperti berikut:

1. Versi Ekonomi (Standard)
Versi Ekonomi adalah format yang menjadi kebiasaan di pasaran bagi DVD filem-filem tempatan. DVD ini boleh didapati dihampir kesemua kedai DVD di pusat-pusat membeli belah.

Harga Runcit : RM19.90
Kandungan : 1. Filem
2. MTV Lagu Tema KARAK – “Kerek” nyanyian Amuk
3. Treler
4. Sarikata dalam Bahasa Inggeris
5. Adunan Bunyi – Stereo

image001

2. Versi Bajet (Budget)
Versi Bajet mensasarkan golongan pembeli yang kebiasaannya membeli DVD di pasar malam. Versi bajet juga berperanan untuk menggalakkan peniaga di gerai-gerai pasar malam serta pembeli untuk memilih membeli barangan asli dan bukannya cetak rompak.

Harga Runcit : RM9.90
Kandungan : 1. Filem

Tragedi ‘Walksagen Kuning’ yang antara salah satu kejadian aneh yang sering dikaitkan dengan “Karak”

Salah satu sedutan babak hantu dari filem “Karak”

Ramai pasti sudah biasa mendengar dan mengetahui tentang kejadian-kejadian paranormal yang diperkatakan berlaku di lebuhraya Karak melalui pelbagai versi. Berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend ini, terhasillah filem “Karak” yang diterajui oleh Shahir AF8 (Nik), Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), KilaFairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam). Ianya mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

“Karak” juga menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan special effects make-up serta CGI dengan mengambil penterjemahan bahawa jin atau syaitan boleh menyerupai pelbagai rupa.

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem ini melalui lagu tema nyanyian Bandi AMUK yang berjudul “KEREK” ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. KRU Studios juga turut menerbitkan video muzik bagi lagu ini di bawah arahan Wa’an.

Cakera DVD “Karak” boleh didapati di semua rangkaian Music Valley dan Speedy yang berhampiran anda atau anda boleh melayari ke Facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau facebook serta youtube “Karak”.

image002

image003

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasangan Razman Tersingkir dari Mari Menari

Pavilion KL receives Outstanding Achievement Award