in , , ,

Drama SinDarEla Lakonan Sharifah Amani Bront Palarae

Shahrul Ezad Mohameedin atau lebih dikenali dengan nama Ezad kembali meletop dengan drama berantai terbaru arahannya, SinDarElla terbitan Radius One Sdn Bhd. Budiey rasa tidak sabar untuk menonton drama yang akan memenuhi slot Lestari di TV3 ini sebab dah minat sangat dengan cara Ezad ni mengarah drama. Setiap drama di bawah arahan Ezad memang tidak mengecewakan Budiey. Pasti puas hati punya. Apatah lagi, setelah kejayaan dan sambutan hangat dari penonton drama Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah, Budiey yakin drama yang mengisahkan cinta 3 segi ini akan sekali lagi melonjakkan nama Shahrul Ezad sebagai pengarah drama yang begitu prolifik dan kreatif.

Apa yang menarik sangat sehingga Budiey tidak sabar untuk menonton drama 26 episod ini? Yea, Budiey diberitahu bahawa drama ini buat pertama kalinya mengabungkan lakonan mantap Syarifah Amani dan Bront Palarae (pelakon filem Anak Halal). Sebenarnya, pengambaran drama ini akan bermula pada 26 Disember ini. Kebanyakan shooting akan diadakan di Kolej swasta, Lim Kok Wing.

Oh ya, nama tajuk drama ini walaupun semacam streotaip dan rasanya korang dapat meneka jalan ceritanya yang menyamai cerita orang biasa yang berkahwin dengan golongan DiRaja. Tetapi mengapa ditulis SinDarEla? Huhu, sebenarnya ianya menggabungkan 3 watak utama dalam drama ini iaitu, Sin lakonan Bront, Dar lakonan Remy Ishak dan Ela lakonan Syarifah Amani. Unikkan?

Tengku Haidar adalah tengku mahkota, katanya akan bercinta dengan Ela. Isma Yusoof yang juga pernah berlakon dalam drama Sutun 2, Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah pun ada berlakon dalam drama ini. Kali ini, Isma membawa watak bernama Butang; seorang pencuci di kolej dengan karakter psiko, pelik, gila-gila, misteri dengan rambut ala serabut kena angin taufan. Stailo la kononnya. Huhu… apabila dengar Isma akan bawa watak macam ni, lagilah Budiey tak sabar nak tengok. Butang nanti akan jadi penggoda yang menyukai Nor Naema lakonan Noorkhiriah (pelakon yang baru menang award di Anugerah Skrin 2007!). Naema ni pula kawan baik pada si ZoEla. Ntah camna, si Naema ni teruja nak kenal sangat dengan Butang ni. Mungkin dia suka Butang sebab budak cleaner ni sangat misteri kot.

Menyentuh sinopsis drama SinDerElla ini, korang pun boleh teka sendiri camna perjalanan cerita ini tetapi harus diingat bahawa plot dan garapan pastinya mengikut kreativiti Ezad sendiri. Dikatakan akan ada watak ibu tiri bernama Tengku Zohara yang akan dipegang oleh Ifa Raziah. Tengku Zohara ada 3 orang anak bernama Wan Sharmila lakonan Tasya dan Eira Syazira lakonan Tushee. Pelakon lain, Mustafa Kamal, Nadia Aqilah, Syarifah Sofia, Tam Suhaimi, Syarifah Aleya dan ramai lagi. Selebihnya kena tunggu tayangannya di TV3 pada bulan Februari 2008 ini!

Yang menariknya lagi?
– Syarifah Amani kena naik scooter dalam drama ni. Syarifah Aleya; kakak pada Nani yang baru kawin tu pun ada gak.
– Isma Yusoof pula selalu pegang kameranya ke hulur ke hilir. Dia suka ambik gambar orang dari jauh macam paparazi la kononnya.

Sama-sama kita tunggu… kepada semua pelakon, selamat menghafal skrip dan bersedia untuk lakonkan yang terbaik! Budiey teringin sekali untuk mengikuti pengambaraan you all… Insyallah kalau ada peluang, Budiey akan turun ke lokasi pengambaran untuk tengok sendiri korang berlakon. Good luck Ezad!

kredit poster: Isma Yusoof sebagai pereka poster. Terima kasih Isma!

[tags]drama sinderela, cinderalla story, cinta 3 segi, sinopsis drama sindarela, syarifah amani cinta que, akhir, kritik drama, bf syarifah amani, ezad exists, isma yusoof profile, designer malaysia, poster drama sinderella, Mustafa Kamal, Nadia Aqilah, Syarifah Sofia, Tam Suhaimi, Syarifah Aleya, ella n the boys, ifa raziah botox, noorkhiriah menang awards, tushee, tasya scandal[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007

Raja Hendon Mastura Rampas Wira Dani Dari Camelia?