in , ,

AIFFA Berjaya Buka Peluang Untuk Penggiat Seni Tempatan Kembali

Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 memberi peluang kepada penggiat seni tempatan untuk kembali dan berkarya di negeri sendiri.

Menurut selebriti terkenal tanah air, Bront Palarae ketika ditemui, Sarawak tidak pernah kekurangan bakat namun banyak bakat tempatan negeri ini berada di luar Sarawak.

Sehubungan itu katanya, dengan adanya AIFFA ini, ia memberi peluang kepada penggiat seni tempatan Sarawak untuk kembali, mendapatkan inspirasi mahupun berkarya di negeri sendiri sekali gus membantu mengembangkan industri perfileman Sarawak.

“Dengan mereka berada di sini, mereka akan rindu untuk tinggal di sini termasuk mendapatkan inspirasi bagi bekerja di sini lagi,”

– Bront Palarae
MEET & GREET RAIN DI AIFFA 2023

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berkenaan bagaimana AIFFA boleh berkembang dan membantu industri perfileman tempatan Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Walau bagaimanapun katanya, sebagaimana negeri-negeri lain, Sarawak juga tidak mempunyai bahan yang mencukupi dan bukan berkembang pada kelajuan yang diinginkan.

“Dari segi bekerjasama, saya fikir ia banyak peluang sekarang. Dengan kita semua menjadi warga global, keadaan menjadi lebih pantas.

– Bront Palarae

Tetapi filem tidak boleh tergesa-gesa, termasuk juga pembangunan dan saya tahu terdapat banyak kerjasama. Jadi semoga kita dapat melihat lebih banyak pasukan yang diilhamkan oleh Sarawak, bakat, dan semoga ada banyak kerja pembangunan melalui televisyen tempatan yang memberi banyak peluang melalui bakat tempatan,” tambahnya.

Katanya lagi, tanpa mengira sama ada di belakang tabir, mahupun di hadapan kamera, ini adalah yang diperlukan oleh industri perfileman Malaysia secara keseluruhan termasuk di peringkat serantau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA

Setelah Ditapis Oleh Juri, Ini Senarai Pencalonan Akhir di AIFFA 2023

ZAINAL ABIDIN

Konsert Tiba Masa Datuk Zainal Abidin Sempena 40 Tahun Dalam Industri Muzik