in , , , , ,

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah Lakonan Umie Aida

Drama Terbaru Lakonan Isma Yusoof
Selepas kejayaan drama bersiri Emil Emelda di slot Samarinda di TV3 beberapa bulan yang lalu, Radiusone Sdn Bhd sekali lagi akan menggegarkan fenomena baru dalam menghasilkan sebuah drama yang bermutu berjudul Kerana Cintaku Saerah. Sekiranya, drama Emil Emilda lebih menumpukan kepada kisah gadis yang berlatarkan kota, drama Kerana Cintaku Saerah pula lebih berpaksikan kehidupan seorang pemuda kampung yang berlatarkan sawah padi dan desa. Drama ini akan mulai menemui penonton mulai 5 September jam 10.30 malam di slot Samarinda di TV3. Sebanyak 12 episod kesemuanya, drama ini yang sangat dinantikan oleh Budiey ini telah pun siap menjalani pengambaran sebanyak 80% di Taiping, Perak dan 20% di Kuala Lumpur. Tagline drama ini “Relaku Menunggu Seribu Tahun Lagi…” (mmm… macam pernah Budiey dengar ayat ini tapi di mana ya?) Eh! Bukankah itu salah satu bait dalam lirik lagu Imran Ajmain, Seribu Tahun? Oh ya, betullah, lagu penyanyi kelahiran Singapura itu juga turut diselitkan dalam salah satu adegan penting dalam Emil Emilda. Ingat lagi kan?

gambar isma yusoof dalam kerna cintaku saerah

Drama Kerana Cintaku Saerah ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Pengarah berbakat yang sedang melonjak naik ini juga turut menghasilkan skrip untuk drama ini. Sebuah skrip yang padat dengan mesej teladan, sarat dengan tragis yang menyentuh perasaan, diselitkan dengan lawak jenaka yang menghiburkan, santai, ringan dan tidak terlalu terikat dengan norma-norma skrip dari drama biasa.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini ialah Benjy, Umie Aida, Noorkhiriah, Wan Maimunah, Isma Yusoof, Sharifah Shahora, Engku Faridah, Mubarak Majid, Ezani dan Amy Suraya.

gambar poster drama kerana cintaku saerah

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

drama cintaku saerah

Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Sesuai Dengan Suasana Hari Raya 
Drama ini pastinya akan menyentuh perasaan anda kerana di penghujungnya anda akan saksikan ketika menjelang Aidilfitri nanti. Mengikut Isma, beliau pun menangis ketika menyaksikan shooting drama ini kerana ia memang sesuai dengan hari raya. Di mana suasana bermaaf-maafan ada kena mengena dengan tema drama ini. Walaupun membawa watak jahat, Isma masih lagi berjiwa sensitif. Hehehe. Menyentuh cabaran dalam menghayati watak jahat, Isma yang sebelum ini membawa watak lembut dalam Emil Emilda, katanya terpaksa memakai gigi palsu untuk menukar rupa gigi kepada jongang dan menghodohkan raut wajahnya. Satu cara untuk menjelmakan watak yang menjengkelkan sehingga timbulnya perasaan benci di kalangan penonton. Memang susah juga terutama kena pakai gigi palsu ketika makan. Dahlah banyak adegan makan-makan dalam drama ni. Pertama kali membawa watak seorang pemuda kampung yang hidup kaya raya yang berlagak samseng yang angkuh, Isma Yusoof mengaku bahawa watak tersebut memang mencabar dan bukannya senang. Keunikan skrip ini, walaupun watak Isma serta ibunya terlalu jahat dan samseng, namun mereka adalah antara pak lawak yang menghiburkan dalam drama ini.

Saksikan drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 mulai 5 September jam 10.30 malam!

Semua poster di bawah adalah rekaan kreatif Isma Yusoof dan harus diberi kredit kepada Radiusone Sdn Bhd

[tags] drama kerana cintaku saerah, sinopsis kerana cintaku saerah, pelakon drama kerana cintaku saerah, gambar pelakon drama, gambar umie aida, gambar sharifah shahora, , kisah gadis kota, gadis lupa diri, gambar benjy, taiping perak, lirik setahun lagi imran ajmain, Shahrulezad Mohameddin, pengarah sharulezad, drama mas kahwin astro, tips menulis skrip drama, sinopsis drama, kesudahan emil emilda, slot samarinda tv3, kasih suci, Radiusone Sdn Bhd, otak lembab, anak luar nikah, seks luar nikah, cerita seks luar nikah, filem seks luar nikah tempatan, merawat sakit gila, artis kena tangkap khalwat, cerita khalwat, gossip umie aida, gossip erra fazira, gosip artis malaysia, cerita sexy melayu, gambar pembaca berita tv9 amin hayat, sabul rumah tumpangan, penyakit minda perlahan, memo booster, Benjy, Umie Aida, jamie lynn spears, paris hilton, nurfazura kasih suci, Noorkhiriah, Wan Maimunah, Isma Yusoof, Sharifah Shahora, Engku Faridah, Mubarak Majid, Ezani dan Amy Suraya. klinik gigi palsu, tips memutihkan gigi, jibek, novel jibam, motor baru modenas, gambar motor baru Eleganeers, sawah padi, gambar sawah padi[/tags]

gambar umie aida

gambar benjy pelakon drama

gambar noorkhiriah

gambar sharifah shahra

gambar engku faridah

gambar wan maimunah

gambar amy suraya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Drama Arash Muhamad Bertunang

Gambar Sekitar Showcase Special Marcell di Planet Hollywood