in , ,

“Watak Lebih Penting Daripada Jumlah Followers” – Bront Palarae

Aktor terkenal Bront Palarae menyifatkan bilangan pengikut yang ramai dalam media sosial atau sebaliknya bukanlah kayu pengukur kejayaan dalam sesebuah naskhah.

Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin itu mempersoalkan mengapa perlunya melihat jumlah pengikut sedangkan anak seni mempunyai bakat tersendiri.

“I told you so. Kita ada bakat dan kenapa sebelum ini kita rasa kepercayaan orang melihat followers lebih penting daripada bakat? Lebih kepada kesesuain watak.

“Kita sentiasa merasakan kita salah atau tak faham sesuatu yang mungkin pihak atasan faham atau tidak. Tapi bila tengok mereka punya teori tak berjaya juga. Followers ramai tak laku juga.

“Alhamdulillah, bila tengok Projek: High Council selain berjaya dari sudut penceritaan dan gaya lakonan yang meyakinkan. Naskhah tersebut juga mencetuskan fenomena luar biasa sama seperti apa yang berlaku ketika filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta? dahulu.

“Awal 2000-an dahulu, Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo) turun KLCC, orang berkerumun macam semut. Fenomena yang sama,” ujarnya.

Bront ditemui pada malam gala filem Rajah di DADI Cinema, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Bront, dia mengharapkan pihak produksi dapat membuka mata dengan bakat-bakat baharu tanpa melihat jumlah pengikut media sosial.

“Harapnya, dengan apa dicetuskan drama tersebut membuka mata lebih ramai produser bahawa kesesuaian memainkan peranan atau watak itu lebih penting berbanding jumlah ‘followers’ dalam media sosial.

“Kalau pelakon main ‘best’, penonton akan ikut sahaja. Ramai saja pempengaruh yang saya ‘follow’ tapi kalau mereka berlakon filem, lantak mereka sebab tak lalu saya nak tengok.

“Misalnya atau maksud saya, kalau setakat mereka (pempengaruh) buat ulasan atau unboxing (buka kotak produk), baik mereka buat itu sahaja, tak payah kita tengok mereka di pawagam,” jelasnya.

Filem Rajah dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae dan Shaheizy Sam. Rajah turut menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Josie Ho (Hong Kong), Atiqah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom) bakal menemui penonton di pawagam 9 Mac 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan 

tony fernandes airasia-2020

Lebih Mata AirAsia dari AirAsia Rewards Bersempena Hari Raya