in

Dai Hazman Wakili Malaysia dalam Program AKSIASIA

Setelah kejayaan program pencarian bakat dakwah AKSI (Akademi Sahur Indosiar) selama 4 tahun, kini salah satu stesen TV terbersar Indonesia, Indosiar kembali dengan program AKSIASIA yang menggabungkan 4 negara tetangga iaitu Malaysia, Singapura,Brunei selain Indonesia sebagai tuan rumah.

program AksiAsia juga boleh disamakan dengan program DAI atau PENCETUS UMMAH jika di Malaysia dimana bertujuan melahirkan ustaz & ustazah muda yang berpotensi memberi dakwah dengan cara yang lebih terkini & efektif disamping merapatkan ukhwah 4 negara.

DSC_0300

Tahniah buat Dai Hazman atau nama penuhnya Mohd Hazman Yani Bin Ahmad Tajuddin yang juga merupakan top 5 program Dai musim ke 4 (TV3) telah dipilih stesen TV berkenaan mewakili Malaysia di samping 5 peserta terpilih yang lainnya seperti Asyraf, Annas, Rabiatul, Harris & Rozi.

Perkongsian perasaan dan pengalaman :

Selaku salah seorang peserta yang terpilih untuk mewakili malaysia ke indonesia bagi program AksiAsia merakamkan rasa terharu dan gembira kerana program ini sedikit sebanyak sudah pasti dapat menambahkan pengalaman dan ilmu yang mana akan dapat dikongsi bersama masyarakat malaysia apabila pulang ke tanah air nanti..
-Dai Hazman

Info Program AKSIASIA :

Audisi Malaysia: 16april 2017.
Program bermula 1-29 Ramadan 2017 (Live setiap hari) (29 episod)
Waktu program: 2-5 pagi.

Info Dai Hazman :
-merupakan penceramah bebas yang memiliki tauliah Selangor & wilayah.
-calon PHD jurusan undang-undang UKM.
-moderator Tanyalah Ustaz tv9.
-talent di bawah Musiclabel Maison Dor Network (diterajui oleh Dior) yang juga mengurusi karier Hazman di Indonesia & single lagu Hazman tidak lama lagi.

peserta aksi asia wakil malaysia yang baru tiba di airport disambut heboh oleh indosiar

hazman on aksiasia stage

episod pengenalan Hazman di pentas AksiAsia, Jakarta

DSC_0297

Dior bersama Hazman yang juga merupakan talent dibawah label Maison Dor Network

6 peserta dari malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Penuhi Impian Jadi Wirawati dalam Muzik Video SEGALA PERASAAN

Ezlynn Fail Cerai Terhadap Adam Fahmy