in

BUTTERFLY S di ntv7

BUKA MINDA ANDA DAN SELAMI DUNIA PENUH MISTERI DALAM BUTTERFLY S

TARIKH SIARAN: 26 DISEMBER 2010 & 2 JANUARI 2011
HARI: AHAD
MASA: 10.00 MALAM
EPISOD: 2
BAHASA: INGGERIS

Sebagai manusia kita mungkin pernah berfikir apa yang sedang bermain di fikiran orang lain. Kita juga mungkin pernah terfikir alangkah mudahnya hidup sekiranya kita mempunyai kuasa untuk meramal masa depan dan boleh memperbaiki masa lampau kita. Kita juga mungkin pernah berangan-angan untuk memiliki kuasa luar biasa seperti kuasa telepati, keupayaan mengeluarkan api atau mungkin mampu terbang ke sana ke mari. Ini mungkin sesuatu yang menyeronokkan sesetengah orang namun tidak bagi Ira yang merasakan kekuatan luar biasa yang dimilikinya bagaikan satu sumpahan!

8TV bakal menghidangkan kepada anda sebuah drama penuh misteri Butterfly S. Drama ini dibahagikan kepada dua bahagian dan akan menemui anda setiap Ahad jam 10.00 malam pada 26 Disember 2010 dan 2 Januari 2010.

Dilahirkan dengan tanda rama-rama dan huruf S pada belakang bahunya, Ira seorang mahasiswa berusia 20 tahun mempunyai kuasa luar biasa. Walaupun Ira sudah mengetahui kemampuan beliau yang boleh membaca fikiran orang lain diawal usia 7 tahun, Ira sering ditertawakan oleh rakan-rakannya dan sering dianggap seorang yang pelik. Ira selalu menyendiri untuk mengelak dirinya dari ditertawakan oleh rakan-rakan yang lain.

Setelah melanjutkan pelajaran ke universiti, Ira berkawan dengan Ema yang merupakan rakan sebiliknya. Setelah kedua-duanya menjadi rakan karib, Ira menjadi bimbang apabila mengetahui Ema menyukai Razin yang merupakan pelajar nakal di universiti mereka. Ketika Ira sedang tidur, dia telah mendapat suatu petanda tentang satu serangan kejam terhadap seorang wanita dan yakin bahawa Razin mempunyai kaitan disebalik serangan tersebut.

Ira cuba menjauhkan Ema daripada Razin sementara beliau berusaha untuk menyelesaikan misteri terbabit. Semakin lama Ira menyiasat, beliau semakin tertarik dan mula menyimpan perasaan kepada Razin.

Dari masa ke semasa, Ira mula mendapat imbasan kematiannya sendiri. Sejauh mana kuasa luar biasa Ira akan membawa dirinya pergi? Apakah kaitan tanda lahir Ira dengan kematian beliau sendiri? Berjayakah Ira menyelesaikan misteri serangan kejam itu sebelum beliau bertemu dengan nasibnya sendiri?

Saksikan Butterfly S yang akan ditayangkan pada 26 Disember dan 2 Januari 2010. Siri ini akan menemui anda setiap Ahad jam 10.00 malam secara eksklusif di 8TV.
“Satu-satunya hasil karya tempatan yang pasti menjadi buah mulut orang ramai kerana ia berbeza dengan drama yang sedia ada. Drama sebegini pastinya dapat membawa karya tempatan ke tahap yang lebih baik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Butterfly S pasti akan membuat anda tidak berganjak dari kaca TV anda kerana jalan ceritanya yang cukup menarik. Saksikan Ainul Aishah yang akan menghidupkan watak Ira, Isma Hanum yang akan memegang watak Ema sebagai rakan karib Ira disamping Azma Yusoff sebagai Razin dan Fairil Emran sebagai Nordin.

Butterfly S akan di tayangkan pada 26 Disember dan 2 Januari 2010 pada jam 10.00 malam. Anda juga boleh menyaksikan The Making of… Butterfly S pada 18 Disember 2010 pada jam 10.00 malam.

Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL’s Pudu Prison History Channel

Sekitar Pelancaran Balung Plantation