in

Sekitar Pelancaran Balung Plantation

Balung Plantation Sdn Bhd yang mempunyai keluasan lebih kurang 3,000 ekar terletak di kawasan Tawau, Sabah. Diusahakan sekitar tahun 1976, Balung Plantation bermula dengan tanaman seperti koko, kelapa sawit dan pelbagai tanaman lain yang menjadi komoditi utamanya.

Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Kebun Rimau Sdn Bhd, kini Balung Plantation mengorak langkah setapak lagi apabila ianya mula menakluki industri serta pasaran yang berasaskan herba.

Industri herba mampu memberikan pulangan yang baik. Lantas di sekitar tahun 1990-an, Balung Plantation giat mengusahakan tanaman seperti mengkudu, misai kucing, serai, nira kabung, gaharu dan banyak lagi. Bagi melancarkan pemasaran tanaman-tanaman herbanya, Balung Plantation mendapatkan khidmat nasihat MARDI.

Balung

Balung Plantation juga telah berusaha membuat “Tenaga Hijau” di dalam melaksanakan Projek Letrik Hidro Biogas di kawasan Balung Plantation. Balung Plantation juga ada memiliki mesin, peralatan baru serta bantuan dalam menyediakan susun atur kilang ke arah persijilan HACCP (Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal).

Dengan adanya kelayakan ini, ianya telah memberikan peluang kepada produk-produk herba Balung Plantation menembusi pasaran global seperti Jepun dan juga Jerman.

Balung

Menyedari hakikat bahawa pemprosesan dan mengekstrak jus memerlukan teknologi yang tinggi, Balung Plantation dengan nasihat MARDI sekitar Ogos tahun lalu telah membuka sebuah kilang pemprosesan yang dilengkapi dengan mesin yang mampu memproses serta mengekstrak jus noni dan pekatan jus nira. Kilang berkenaan juga telah ditauliahkan dengan sijil HACCP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain ekstrak noni, kebun Rimau juga mempunyai ‘freeze dryer’ untuk menghasilkan serbuk daripada ekstrak noni.

“Serbuk ekstrak merupakan kualiti paling tinggi dalam pemprosesan makanan yang setaraf dengan makanan angkasawan. Objektif utama kami di Kebun Rimau Sdn Bhd ialah memastikan kami berinovatif dalam menerajui produk penanaman dan pemasaran herba yang bermutu tinggi, 100% organik, asli dan tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau bahan tambahan.”ujar salah seorang pemilik Balung Plantation, Puan Halizah Datuk Seri Panglima Harris. Beliau juga telah menerima Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani bagi 2008.

Hari ini, Balung Plantation mampu berdiri megah dan bangga dengan hasil-hasil tanaman serta produk-produk herbanya yang dilabelkan produk BALUNG. Rangkaian produk herba BALUNG telahpun berada di pasaran dan antara fokus utama merupakan produk-produk seperti:

• Noni Juice (Sari Mengkudu) – harga pasaran RM45.00
Tergolong dalam kelompok keluarga Rubiaceae, Noni diperkenalkan serata India dan juga Kepulauan Pasifik. Pengambilan jus noni yang konsisten dikatakan mampu menormalkan kadar kolestrol yang berlebihan. Kolestrol yang berlebihan di dalam badan akan mengaktifkan penyakit-penyakit serius seperti jantung korener, pendarahan otak dan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

• Herbal Tea Misai Kucing – 100% Natural & Organic – harga pasaran RM19.50 (25 uncang)
Secara tradisionalnya, teh herba misai kucing digunakan bagi menyembuhkan penyakit seperti batu karang, kencing manis, penyakit hati dan banyak lagi. Pengambilan teh herbal misai kucing mampu mengurangkan kandungan kolestrol dan tekanan darah tinggi. Selain daripada itu ianya juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit reumatisme dan gout. Teh Herbal Misai Kucing dipek dengan mementingkan kebersihan yang tinggi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan dan perasa tambahan.

• Arenga Pinnata Syrup (Nira Kabung) – Full of Natural Goodness – harga pasaran RM22.00
Sirup Aren merupakan ekstrak 100% dari pokok nira kabung yang tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet. Mempunyai rasa yang begitu eksotik dan aromanya yang unik serta penggunaan yang sihat dalam pemakanan. Sirup Aren dikatakan mampu menggantikan penggunaan gula ataupun bahan pemanis tiruan. Sirup Aren merupakan pemanis yang amat sesuai digunakan dalam pembuatan pastri, bijirin, jus buah-buahan dan banyak lagi. Antara kebaikan sirup Aren :

o Pengurangan selera makanan ringan/bergula dan sekaligus mengurangkan berat badan
o Mengurangkan masalah kulit
o Mengurangkan masalah penghadaman
o Lemah-lemah badan dan sakit sendi
• Lemon Grass Tea – harga pasaran RM19.50

Molekul-molekul ‘Citral’ yang ditemui oleh seorang pakar dalam tanaman serai dilabelkan sebagai ‘programmed cell death of cancer cell’.

Produk-produk herba BALUNG sememangnya bermutu tinggi, asli, 100% organik dan telah melalui pemprosesan atau ekstrak yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu, kami di BALUNG Plantation mengalu-alukan pelanggan-pelanggan kami yang sedia ada ataupun yang ingin mencuba, dapatkan produk-produk kami yang asli dengan menghubungi talian Hotline kami:

tel : 03-7727 8133 fax : 03-77278132 (9:00 pagi hingga 5:00 petang)
atau
Ibu Pejabat :
Kebun Rimau Sdn Bhd
North Wing, 4th Floor, Wisma Sabah
Jalan Tun Razak
P.O Box 11577
88817 Kota Kinabalu Sabah
tel : 6088-233499 fax : 6088-239271
www.balungplantation.com

Balung

Balung

Balung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BUTTERFLY S di ntv7

Sinopsis, Trailer, Movie Still, Poster, Info Filem Khurafat