in ,

Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz

Kini, siapa yang tidak kenal dengan Aaron Aziz, aktor utriopular kelahiran Singapura ini. Dulu, Aaron tidaklah sepopular sekarang saat dia mencuba nasib dalam dunia lakonan di Malaysia 3 tahun lalu.

Dia mula berlakon drama tempatan pada 2004 di bawah sutradara terkenal Erma Fatima menerusi Summaiyah dan kemudian Haryati 2. Tetapi tahun itu mungkin belum rezeki Aaron Aziz untuk mengecap populariti dan rezekinya hanya tiba setelah usianya mencecah 31 tahun.

SIAPA AARON AZIZ?

Rezeki bapa kepada dua cahaya mata Danish, 3, dan Dwi, 1 tahun setengah itu nampaknya lebih menyinar di tahun 2007. Ternyata tidak sia-sia Aaron merantau jauh semata-mata untuk melunaskan impiannya mencipta nama di negara luar apabila wajahnya kini menjadi buruan produser drama dan filem. Mungkin orang yang wajar pelakon itu berterima kasih adalah Erma Fatima sendiri yang bertanggungjawab membawanya melebarkan bakat di sini. Pertemuan dengan Erma Fatima selaku juri Pesta Perdana 2002 di Singapura membuka laluan luas buatnya.

Wajahnya semakin menjadi perhatian setelah membintangi drama bersiri Emil Emilda yang sudah pun berakhir baru-baru ini. Bagaimanapun, sebelum itu dia turut membintangi drama terbitan Skop Production, Janji Diana. Tidak lama lagi, wajah Aaron juga bakal menghiasi layar lebar menerusi filem Revolusi KL Drift arahan Shamsul Yusof anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam. Telemovie lakonannya Cahaya Hati arahan Rashid Sibir baru saja ditayangkan di saluran TV3, begitulah sibuknya pelakon ini sejak dirinya makin dikenali.

Kiranya dia cukup beruntung kerana berpeluang berlakon di bawah arahan nama-nama besar dalam industri perfileman mahu pun drama tempatan. Sedangkan artis kita sendiri pun belum tentu memiliki peluang seperti Aaron. Walaupun pernah berlakon di bawah pengarah terkenal, Aaron masih belum puas dan menyimpan hasrat untuk berlakon di bawah pengarah yang semakin membina nama ketika ini, Ahmad Idham dan pengarah berjaya, Bade Azmi.

“Saya tidak pilih filem ataupun pengarah. Apa yang datang dulu saya terima, saya tidak ada khaskan untuk berlakon filem apa atau dengan pengarah mana. Alhamdulillah saya diberi peluang melakonkan banyak karakter. Saya selesa bekerja di sini dan sudah semakin faham dengan corak kerja orang di sini. Namun saya tidak akan lupa asal usul saya. Saya tidak mahu menjadi pelakon yang ‘demand’ pada produksi negara sendiri hanya kerana sudah menimba pengalaman di sini,”

Kata-kata pelakon Azri Iskandar menjadi perangsang buat pelakon ini. Kata Azri, untuk menjadi pelakon yang baik seseorang itu harus kuat, buktikan dia mampu melakukan serta jangan takut. Kata-kata itulah yang tersemat di dadanya sehingga kini.

Aaron sangat mengidam untuk berlakon bersama dengan Azean Irdawaty dan Nasha Aziz.

2269130140 E5C4De3F04 | 4

PROFIL AARON AZIZ

Nama: Aaron Aziz

Umur: 31

Warga negara: Singapura

Status: Berkahwin

Isteri: Diyana

Anak: Danish, 3, dan Dwi, 1 tahun setengah

Website: http://www.aaronaziz.com

[tags]aaron aziz, gambar pelakon, gambar aaron aziz, biodata, profile aaron, siapa aaron, gossip aaron aziz, cinta aaron, filem, senarai filem terbaik, pilihanraya, cecilia cheng, edison chen photo scandal, seks skandal edison[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Tentang Bulan Lakonan Farisya dan Eman di Astro Prima

Ning Baizura 2020 | 25

Sidang Media Sebelum Majlis Persandingan Ning Baizura & Omar