in ,

Sidang Media Sebelum Majlis Persandingan Ning Baizura & Omar

Ketika sidang media yang diadakan sebelum majlis persandingan, Ning Baizura kata dia sangat berpuas hati dengan segala perancangan yang disusun rapi dan bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.

Segalanya telah disempurnakan dan hanya tunggu masa untuk melangsungkan dan meraikan bersama jemputan. Ning berpuas hati dengan floor plan terutama untuk prop set Kampong Nekmat. Rehearsal yang dijalankan malam sebelum acara juga agak memenatkan sebab terpaksa dibuat hingga ke lewat pagi. Ning tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Matrade yang sudi menaja lokasi. Ning mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kuzie Catering, Puan Roslina Blooming, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan isteri yang sudi membantu untuk upacara menyuap pulut kuning.

2236382233 B66Ed34975 | 4

Lokasi Matrade menjadi pilihan Ning walaupun ada banyak hotel tampil untuk menaja. Namun, idea ala kampong sudah tentu tidak akan dapat menjelmakan idea unik itu jika dibuat di hotel.

Majlis tidaklah terlalu formal kerana Ning Baizura dan Omar bercampur dengan hadirin dan mereka bebas bergambar dan bersalaman.

Menyentuh tentang prop Kampong Nekmat, sungai tiruan telah diisi dengan ikan keli pada petang itu untuk mewujudkan lagi suasana kampung. Segala rujukan untuk prop diserahkan bulat-bulat kepada pereka set. Kalau korang boleh lihat, ada titi, sungai, ada rumah kampong, menara kampong, pintu gerbang dan semua itu seolah satu kampung yang begitu meriah dijelmakan pada malam itu.

Idea ala kampong ini juga untuk dipersembahkan kepada keluarga suami Ning, Omar agar mereka juga dapat menikmati betapa cantiknya budaya Melayu. Jadi, tidaklah nanti shock culture. Famili Omar agak teruja dan excited dengan budaya Melayu terutama silat dan joget.

2236410091 6Ae39010E2 | 5

Rancangan selepas ini, Ning akan bercuti dan berbulan madu. Destinasinya masih dirahsiakan. Ning juga akan bercuti bersama semua famili baru dan akan bekerja semula pada 14 Februari. Pada hari kekasih itu, Ning akan mengadakan persembahan khas Valentines Day di Avanti.

Pengalaman 2 hari menjadi isteri orang? Ning berkata, dia masih lagi sibuk dan masih kesuntukan masa untuk menikmati hidup bersama. Selepas ini, Ning akan berpindah rumah baru dan tinggal bersama suaminya.

2236409021 3Ea02D1539 | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz

Photo Edison Chen and Maggie Q Scandal Hot