in

Drama Tentang Bulan Lakonan Farisya dan Eman di Astro Prima

TENTANG BULAN THE SERIES
Drama bersiri 26 episod Tentang Bulan ini diangkat dari filem Tentang Bulan terbitan MIG yang pernah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Disember 2006. Keputusan ini dibuat setelah melihat sambutan yang baik terhadap kisah kanak-kanak ini dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak ASTRO PRIMA.

Melalui drama ini, penonton dapat melihat kehidupan watak-wataknya dengan lebih dekat. Melalui tayangan 26 episod ini, ia akan mengetengahkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan di samping diselit dengan unsur komedi dan ‘cinta monyet’ bagi menguatkan jalan cerita.

ARAHAN DAN PELAKON
Drama ini menampilkan pengarah yang berbeza iaitu Mazri Mustafa yang telah banyak mengarahkan drama perlbagai genre. Manakala barisan pelakonnya terdiri daripada kanak-kanak berbakat besar seperti Eman, Danial Mohd Nizam (sebagai Mawi), Muhammad Azhari Azizam (Budi), Farisya Mohd Nazer (Ila), Muhamad Adi Mifzal (Abu), Mohd Nasiruddin Nasir (Ibrahim) dan Nurul Elfira (Zurina). Bagi menambah kekuatan jalan cerita, watak-watak dewasa akan dipegang oleh Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Din Wahab, Zarina Zainuddin, Ery Sulaiman, Rahim Omar, Khir Mohd Noor dan ramai lagi. Karakter dan watak sengaja dikekalkan kerana itu adalah tarikan utama filem. Jalan ceritanya juga akan terus mengenengahkan unsur-unsur persahabatan dan kekeluargaan di samping turut diselitkan dengan unsur komedi dan ‘cinta monyet’ untuk lebih menarik.

SINOPSIS DRAMA
Tentang Bulan The Series mengisahkan persahabatan enam sekawan iaitu Mawi (Eman Danial), Abu (Muhammad Adi Mifzal), Ibrahim (Mohd Nasiruddin), Budi (Muhd Azhari Azizam), Ila (Nurul Farisya) dan Zurina (Nurul Elfira Loy) di sebuah kampung. Mereka belajar di dalam kelas yang sama, manakala Zurina pula adalah pelajar baru di sekolah mereka. Enam sahabat ini juga mempunyai cita-cita yang tinggi.

Pelbagai perkara dan konflik yang perlu diharungi di dalam kehidupan mereka masing-masing yang akhirnya membuatkan mereka lebih akrab dan mula menghargai nilai persahabatan dan kekeluargaan. Turut membintangi drama yang akan mula disiarkan di Astro Prima pada 28 April depan ini ialah Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Zarina Zainuddin, Din Wahab, Ery Sulaiman dan Rahim Omar.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang drama ini, kata Mazri, penggambarannya akan bermula pada hari ini selama lebih kurang 40 hari.

Bagi merealisasikan skrip yang menuntut suasana kampung, seluruh tenga produksi dan pelakon akan berkampung di Kuala Kangsar, Perak selama lebih sebulan bermula 15 Februari 2008.

Drama bersiri Tentang Bulan ini akan disiarkan di Saluran ASTRO PRIMA selama 26 episod bermula pada 28hb April tahun ini.

MIG akan terus aktif menerbitkan drama dan telefilem bermutu untuk tatapan penonton Malaysia. perkembangan drama lain, telefilem Intan Asmara yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 sudah hampir selesai pengambaran.

[tags]drama tentang bulan, filem tentang bulan dvd, Nurul Elfira Loy, Nurul Farisya, Muhammad Adi Mifzal, Eman Danial, Mohd Nasiruddin, Muhd Azhari Azizam, Bob Lokman, Fiffy, Kuza, Zarina Zainuddin, Din Wahab, Ery Sulaiman, Rahim Omar. prima.com, astro.com, utusan malaysia, bharian.com, erman danial, photo actress hot[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater KLku… Kuala LumpurKu Arahan Fauziah Nawi

Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz