in ,

Apa Jadi Apabila 120 Peminat Beraya Bersama Fattah Amin

Seramai 60 pemenang peraduan digital ‘Cuba Teka Sajian Ramadan & Raya’ dan rakan-rakan mereka menikmati hidangan istimewa Hari Raya ini apabila berpeluang beramah mesra dengan pelakon popular Malaysia, Fattah Amin di majlis ‘rumah terbuka’ yang diadakan di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul di sini pada hari Ahad lalu tanggal 9 Julai 2017.

Acara ‘F&N Seasons Beraya bersama Fattah Amin’ menjemput lebih 120 tetamu, termasuk para peminat Fattah Amin dan pemenang peraduan, yang masing-masing dibenarkan membawa seorang rakan.

Peraduan F&N Seasons ‘Cuba Teka Sajian Ramadan & Raya’ di Facebook, yang diadakan dari 25 Mei hingga 11 Jun 2017, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 100 penyertaan. Setiap minggu, peserta perlu meneka resipi Raya dengan betul, iaitu; Rendang Pedas Ayam, Ayam Percik, Sayur Lodeh dan Daging Dendeng, yang digandingkan dengan minuman Teh Seasons F&N. Peserta hanya diberikan ramuannya sebagai pembayang.

Sempena peraduan tersebut, F&N Seasons juga melancarkan empat video, yang menunjukkan langkah-langkah mudah untuk peminat menyediakan empat sajian tersebut. Setiap video ditonton lebih 10,000 kali, dengan jumlah tertinggi ialah “Ayam Percik dengan Teh Pic Ais F&N” yang ditonton sebanyak 30,000 kali. Empat sajian tersebut turut dihidangkan di majlis rumah terbuka ini untuk membolehkan tetamu menikmati “Gandingan Terbaik” hidangan kegemaran Raya bersama Teh Seasons F&N.

Walaupun kehadiran Fattah Amin di Rumah Terbuka menjadi tarikan utama acara pada petang itu, persembahan daripada kumpulan jemputan Salma & Band dan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk cabutan bertuah dan pertandingan pakaian terbaik. Berbekalkan kejayaan yang membanggakan sebagai pelakon, Fattah Amin kini menjadi nama sebutan ramai dan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan merupakan duta produk bagi F&N Seasons di Malaysia.

Mengenai Fraser & Neave Holdings Bhd
Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) adalah sebuah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, dengan kepakaran dan kedudukan kukuh dalam perniagaan makanan dan minuman. Sejarah gilang-gemilang yang menjangkau 134 tahun meletakkan F&NHB dan jenamanya sebagai salah satu daripada yang dipercayai sejak turun-temurun. Syarikat ini mempunyai portfolio 24 jenama yang diminati ramai,yang merupakan pendahulu dalam pelbagai segmen iaitu 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, Susu Pekat dan Sejat F&N, F&N Magnolia, Farmhouse, Carnation dan F&N Fruit Tree Fresh. F&NHB mempunyai tenaga kerja seramai lebih 3,000 kakitangan dan merupakan salah satu daripada 100 Majikan Utama Graduan Malaysia. F&NHB beroperasi di Malaysia, Brunei, Thailand dan Indochina, dan merupakan anak syarikat Fraser and Neave, Limited, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.
www.fn.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem DUNKIRK

KL MOTION PICTURES Mengeluarkan Siri Dokumentari Mengenai Sejarah Sebenar Melaka