in ,

Abam Bocey Sasar Turunkan Berat Badan Jadi 100 Kilogram

Semakin ramai selebriti kita nak kuruskan badan. Bagus lah tu. Lepas ni takde lagi istilah gemuk is ohsem. Orang nak masuk TV kena kurus gak sebab dalam TV ni kita akan nampak 10 kg lebih gemuk. Betul ke tidak tak tahula kan. Orang cakap, Bukan Budiey cakap tau.

Pelawak Abam Bocey menyatakan buat masa ini dia masih dalam usaha menurunkan berat badannya bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Abam

Menurut Abam, ketika ini sasaran utamanya adalah untuk memastikan berat badannya akan turun sehingga menjadi 100 kilogram.

“Buat masa ini saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 36 kilogram setelah mengamalkan diet beberapa bulan dan kini berat badan saya adalah 152 kilogram.

“Ketika ini saya sedang berusaha lagi untuk turunkannya sehingga berat saya menjadi 100 kilogram. Apa yang saya buat ini bukan semata-mata untuk kurus kerana yang lebih penting adalah untuk kekal cergas,” – Abam

Abam berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan memperkenalkan barisan peserta program Maharaja Lawak Mega 2018 yang berlangsung semalam.

Abam berkata, ketika ini apa yang dilakukannya adalah dengan mengawal pemakanan dengan mengelak untuk mengambil makanan yang berminyak serta memakan banyak buah.

“Nasi saya masih lagi makan, cuma dalam kadar segenggam sahaja untuk sehari. Selain itu, saya kerap bersukan seperti bermain badminton.

“Lagipun saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Malah, ada kawan saya yang pernah dapat turunkan berat badan sehingga 120 kilogram,” – Abam

Bagus tu Abam… orang kata, kurus untuk kesihatan. Bukannya nak sado sangat la.

Sumber: KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Abam Bocey

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tenang & Santai di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Lady Gaga Mengaku Sudah Bertunang Dengan Christian Carino