in ,

Lady Gaga Mengaku Sudah Bertunang Dengan Christian Carino

“Terima kasih kepada semua orang yang aku cintai dalam hidupku. Bobby, I love you. Semua orang di meja 5. Tunangku, Christian. Semua yang ku cintai, yang selalu merawatky setiap hari,” – Lady Gaga

Penyanyi popular Lady Gaga telah membuat satu kejutan apabila mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Christian Carino.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, pertunangan tersebut sudah berlangsung sejak tahun 2017, namun ia langsung tidak didedahkan kepada sesiapa.

Untitled

Perkara ini telah diumumkan secara langsung semasa penyanyi itu berucap di acara Ellen Women baru-baru ini dan lantas mengaku bahawa Christian sebagai tunangnya.

“Terima kasih kepada semua orang yang aku cintai dalam hidupku. Bobby, I love you. Semua orang di meja 5. Tunangku, Christian. Semua yang ku cintai, yang selalu merawatky setiap hari,” – Lady Gaga

Sebelum ini, tiada yang menyedari jika selama ini Lady Gaga sudah bertunang. Malah, peminatnya juga terkejut dengan pengumuman yang dibuat itu.

Bagaimanapun, sebelum ini penyanyi itu pernah memuat naik sekeping gambar berbikini sambil memakai sebentuk cincin berlian berwarna pink pada November 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abam Bocey Sasar Turunkan Berat Badan Jadi 100 Kilogram

Genting Hong Kong Signs Strategic Mou With Baoshan District Government