in

Tenang & Santai di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Impian para pengunjung yang bercuti di Johor untuk mendapatkan pengalaman resort yang paling mengagumkan akan terlaksana dengan pembukaan Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa.

Resort bandar yang berlatarkan persekitaran yang begitu indah, ditambah pula dengan pelbagai penawaran serba mewah ini dijangka akan menjadi destinasi peranginan yang harus dikunjungi di negeri ini. Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa mungkin satu pilihan terkini buat anda melancong.

Untitled

Terletak di pinggir Pantai Desaru yang berpasir putih, Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa mempunyai 208 bilik dan suite dengan reka bentuk yang elegan.

Kemudahan bertaraf dunia lain termasuklah bilik-bilik tidur dan tempat makan yang mewah, kafe bertema, spa yang menyegarkan, kelab untuk kanak-kanak, kemudahan untuk acara dan mesyuarat, serta dewan utama yang boleh menempatkan sehingga 600 tetamu.

Untitled

“Semasa membangunkan Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa, kami sentiasa mengingati bahawa kami ingin menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada tetamu kami, bagaikan mereka berada di syurga dunia. Oleh itu, kami benar-benar menekankan untuk membawakan perkhidmatan yang terbaik untuk para tetamu, dan ini termasuklah menyediakan kemudahan yang unggul dalam persekitaran yang damai dan menenangkan.”

“Anggaplah resort kami ini sebagai syurga dunia yang begitu dekat dengan pusat bandaraya Johor Bahru, dan tempat peranginan yang ideal untuk lari dari kesibukan kota dan menikmati ketenangan Pantai Desaru. Lokasi kami yang strategik juga merupakan tarikan kepada pengunjung dari dekat dan jauh, memandangkan lapangan terbang terletak tidak jauh dari sini.

Untitled

Dengan pelancaran yang diadakan pada hujung minggu ini, kami yakin Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa akan menjadi satu lagi destinasi percutian yang menjadi tumpuan di selatan Semenanjung Malaysia,” ujar Dato’ Edward Lau, Pengerusi Kumpulan Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa.

Resort ini menerapkan seni bina ala resort yang edgy tetapi kontemporari, yang menggunakan elemen-elemen kayu, bata putih, kehijauan tumbuhan dan cahaya semulajadi.

Untitled

Lebih 60% peratus daripada bilik dan suite hotel ini mengadap pantai, yang terdiri daripada pelbagai jenis bilik, antaranya Sunny Deluxe Seaview Room yang berukuran 55 meter persegi dan Romantic Deluxe Room yang elegan dengan kolamnya sendiri dan ruang yang mewah.

Terdapat empat buah restoran di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa yang menawarkan beraneka sajian berunsurkan masakan Cina, Thai, Jepun dan Malaysia kepada pengunjung. Setiap restoran tertumpu kepada jenis masakan tertentu dan menjanjikan hidangan yang menggoda rasa setiap kali mereka menjamu selera.

Kemudahan lain termasuklah dewan utama yang boleh menempatkan 600 orang tetamu dengan selesa, yang dilengkapi skrin LED 16’ x 9’. Sebagai tambahan kepada ruang di dalam dan di luar, Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa boleh dijadikan ruang acara yang boleh memuatkan 50 hingga 1000 orang tetamu.

Dengan pembangunan yang pesat di kawasan sekitar Desaru, pusat peranginan ini akan menjadi destinasi gaya hidup dan santai yang utama di Johor.

Untuk tempahan, hubungi +607-8222 222 atau e-mel [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa, sila layari www.sandandsandals.com.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Mengenai Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand and Sandals Desaru Beach Resort & Spa mengalu-alukan pengunjung untuk merasai pengalaman yang membangkitkan rasa di pantai berpasir putih yang mempesonakan, dihiasi sinaran cahaya matahari dan kilauan air laut. Sand and Sandals Desaru Beach Resort & Spa terletak di tengah-tengah Desaru, Johor; kawasan di pantai timur Semenanjung Malaysia yang mempunyai pemandangan panoramik Laut China Selatan.

Sand and Sandals Desaru Beach Resort & Spa menyediakan tempat percutian yang mengagumkan untuk berehat dan bersantai, sesuai untuk pasangan, keluarga, individu dan pengunjung dari luar negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa, layari www.sandandsandals.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Rap AWAL AKHIR dari MC-ZOQQ Feat. Altimet

Abam Bocey Sasar Turunkan Berat Badan Jadi 100 Kilogram