in , ,

Bakal Dilancarkan Oktober Ini, Warna Untuk Samsung Galaxy S21 FE 5G Didedahkan

Wah! Samsung Galaxy S21 FE 5G akan dilancarkan tidak lama lagi. Pasti ada peminat setia Samsung nak tukar telefon pintar mereka. Harap info ini dapat membantu.

Samsung Galaxy S21 FE 5G merupakan keluaran terbaharu dari syarikat Samsung dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa akan dibatalkan pengeluarannya tetapi itu tidak benar sama sekali.

Samsung Galaxy S21 FE 5G akan didatangkan dengan cip snapdragon 888 5G, 8gb ram dan storan 128GB berserta paparan 120Hz. Telefon ini mempunyai sedikit perbezaan di dalamnya dari siri S21 namun mempunyai rekaan yang sama.

Baru-baru ini, sebuah portal iaitu Android Headlines mendakwa poster promosi peranti ini telah didedahkan. Mari kita lihat warna yang ditawarkan di dalam poster promosi ini.

Samsung Galaxy S21 FE 5G

Berdasarkan poster di atas, terdapat 4 pilihan warna pada Samsung Galaxy S21 FE 5G ini iaitu ungu ,putih, hijau dan kelabu tetapi kurang 2 pilihan warna jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S20 FE yang dilancarkan tahun lalu.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan bekalan cip pemprosesan Snapdragon 888, peranti ini berkemungkinan tidak akan masuk untuk pasaran tempatan. Berkenaan dengan harga, sama -sama kita nantikan semasa pelancaran rasmi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Memohon Bantuan Prihatin 2021 Anjuran Yayasan Nurjiwa & Keluarga CTDK Holdings Sdn.Bhd

“Suami Pun Bukan Budak Lagi,” Isteri Shuk Sahar Dedah Diugut Oleh Farah