in ,

Pelakon BABY DRIVER Ansel Elgort Muat Naik Gambar Bersama Bendera Malaysia di Instagram

Pelakon filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort menjadi perhatian apabila memuat naik foto bersama bendera Malaysia di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Aktor berkenaan memberitahu dia kini sudah berada di negara ini bagi mempromosi filem terbaharunya berjudul Baby Driver.

Nak jumpa Ansel esok? Saya sedang mencari followers yang mahu datang Meet & Greet bertemu dua orang pelakon BABY DRIVER esok iaitu Ansel Elgort & Lily James, bersama dengan pengarah serta penulis skrip Edgar Wright.
Pendaftaran bermula jam 5 petang di Centre Court, Pavilion KL. Kepada yang nak pass ni boleh DM Budiey di Facebook seberapa segera. Pass hanya ada 80 keping sahaja.

Ansel Elgort

“Bangun tidur di Malaysia. Tayangan perdana filem Baby Driver esok di Pavilion,” tulisnya.

Posting yang dimuat naik sejam yang lalu itu mendapat lebih 100,000 ‘like’ dan kira-kira 1000 komen peminat yang kebanyakkan dari negara ini.

Rata-rata peminat mengucapkan selamat datang dan teruja untuk bertemu bintang filem tersebut.

Pelakon utama Baby Driver Lily James dan Ansel Elgort.

Selain Elgort, gandingannya dalam filem tersebut iaitu Lily James difahamkan akan mempromosikan filem Baby Driver di GSC Pavilion, dekat sini, malam Isnin.

Filem arahan Edgar Wright itu akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada Khamis ini.

Baby Driver ini mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Baby yang dilakonkan oleh Elgort berhadapan dengan masalah untuk menamatkan tugasan terakhirnya dengan kumpulan penjenayah.

Baby perlu melakukan tugasan yang berbahaya demi keselamatan kekasihnya Deborah lakonan James.

Ansel Elgort

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selena Gomez is FETISH

HLA Buka Butik Pertama di Malaysia di MyTOWN Shopping Centre