in ,

Aziz M Osman & Nor Aliah Lee Dapat Cucu

Tahniah buat penerbit, pengarah dan pelakon Aziz M Osman dan Nor Aliah yang telah menerima cucu baru. Semoga cucu sihat dan membesar dengan jayanya. Happy selalu.

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi mana-mana ibu dan bapa apabila anaknya dulunya ditatang bagai minyak yang penuh, kini sudah melangkah setapak lagi dalam kehidupan dengan menjadi ibu dan ayah juga.

Aziz M Osman & Nor Aliah Lee Dapat Cucu

Aziz M Osman & Nor Aliah Lee Dapat Cucu

Begitulah kegembiraan yang dirasai oleh sutradara terkenal, Aziz M Osman dan bekas isterinya, Nor Aliah Lee apabila anak mereka selamat melahirkan cahaya mata.

Tidak berkongsi butiran lanjut mengenai cucu baharu itu, rata-rata pengikut Instagram Aziz turut mengucapkan tahniah dengan status ‘Datuk’ yang disandang.

Aziz dan Nor Aliah pernah berkahwin pada 19 Januari 1992 dan sah bercerai pada 2007 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Puteri Nur Asyiqin, 25, Putera Nur Iman, 23, Puteri Nur Aisya, 19, dan Puteri Nur Ain, 14.

Aziz juga mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Nurul Fatehah hasil perkahwinan pertama.

Kini Aziz bahagia bersama isterinya, Puteri Lily Lokman dan sepasang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz, 6 tahun dan Putera Muhamad Aryan Aziz, tiga bulan.

Nor Aliah pula bertemu jodoh dengan Datuk Mohamad Zekri Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Doraemon Pop Up Store Dibuka di Paradigm Mall, Johor Bahru

Konsert DUA DUNIA Fitri Haris X Lan Solo