in , ,

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Aziz M. Osman Tegur Disiplin Peserta Dalam Episod Pertama! Kini program berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelapis pelakon lelaki dan wanita Malaysia telah bermula!

FIT FOR ACTION sebuah program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelapis pelakon lelaki dan wanita Malaysia telah bermula pada 3 September 2022, Sabtu lalu.

Baharu memasuki episod pertama, kesemua peserta telah ditegur oleh pengarah Aziz M. Osman kerana lambat tiba di lokasi penggambaran! Untuk menjadi seorang pelakon yang berkaliber, mereka perlu menerapkan disiplin yang kuat dan perlu lebih bertanggungjawab.

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Bolehkah 12 peserta ini mengharungi tugasan yang lebih mencabar dalam 5 lagi episod setelah ditegur oleh pengarah yang disegani seperti Aziz M. Osman? 12 peserta yang masih berada di pentas cabaran FIT FOR ACTION terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan.

Setiap seorang perlu mengharungi dua jenis cabaran iaitu fizikal dan lakonan. Mereka adalah Syahmie, Marc, Amanda, Zooey, Amir, Kavita, Muaz, Lisa, Aidil, Raden, Lenny dan Danish. Kegigihan mereka dapat dilihat dalam Fit For Action pada setiap Sabtu pada jam 10.00 malam.

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Cabaran fizikal pertama, Nana Al Haleq selaku juri cabaran fizikal akan menilai tahap kecergasan peserta. Untuk minggu pertama, mereka perlu mengharungi 3 halangan iaitu Weighted Jerry Can Carry, The Wall dan The Peak.

Cabaran fizikal ini sangat penting bagi peserta kerana ia akan menentukan watak yang akan mereka dapat semasa on screen challenge dan pemenang akan memegang waak hero atau heroin. Tuah menyebelahi Lisa apabila berjaya meraih masa terpantas iaitu 1:55:32 saat sementara watak hero pula berjaya diraih oleh Aidil dengan masa terpantas iaitu 1:17:21 saat.

Bagi cabaran lakonan minggu pertama, pengarah filem, penulis skrip, penerbit dan pelakon berpengalaman, Aziz M. Osman, telah memberikan tugasan kepada setiap seorang peserta.

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Sebelum masuk ke set pengembaraan, mereka diberi tips cara-cara berlakon di dalam kelas yang diselenggarakan oleh Aziz M Osman sendiri.

Tugasan kecil diberikan dimana para peserta harus menceritakan pengalaman yang paling menarik dalam hidup. Setelah perkongsian selesai, pengarah akan memberi watak yang bersesuaian untuk mereka. Seperti sedia maklum, pemenang cabaran fizikal iaitu Lisa dan Aidil diberikan watak sebagai hero dan heroin dalam drama pendek yang diberi nama “Di Mana Rina?”.

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Juri jemputan pada minggu pertama ini ialah Dato’ Aaron Aziz telah membuat penilaian bersama-sama juri tetap Datuk Yusof Haslam dan pengarah minggu ini Aziz.M.Osman untuk drama aksi pendek berjudul “Di Mana Rina?”.

Nasib menyebelahi peserta apabila pengacara FIT FOR ACTION , Fahrin Ahmad dan Hunny Madu mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama.

Layari laman YouTube TV3Malaysia untuk melihat episod penuh drama pendek “Di Mana Rina?” 

Bolehkan Lisa dan Aidil kekal mendapat tempat pertama bagi cabaran fizikal? Siapa pula yang bakal tersingkir kelak? 

Jangan lupa saksikan FIT FOR ACTION pada setiap hari Sabtu, pukul 10.malam. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Untuk mendapat info terkini tentang program TV3, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semua Terhibur! Setia Live Out Loud Concert Dihadiri 6 Ribu Penonton!

Dramatari RATU KUNING LANGKASUKA di Panggung Sari, Istana Budaya