in ,

“Tonton dari Android Box Sama Juga Macam Sokong Pencuri,” – Aziz M. Osman

Kita telah sedia maklum pengguaan Andorid Box pada masa kini semakin meluas sekali gus ramai pengguna yang menghentikan langganan terhadap stesen televisyen berbayar.

Hal ini kerana segalanya berada di hujung jari dengan penggunaan internet, dimana pelanggan boleh menonton pelbagai rancangan yang disediakan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook penerbit terkenal Aziz M. Osman, dia menyifatkan perbuatan menggunakan Android Box seakan-akan sama dengan tindakan ‘pencuri’.

"Tonton dari Android Box Sama Juga Macam Sokong Pencuri," - Aziz M. Osman

“Saya bukan penyokong stesen TV berbayar. Tapi menonton stesen TV dari Android Box sama juga dengan menyokong ‘pencuri’,”

– Aziz M. Osman

Posting itu dibanjiri komen pengikutnya yang menyokong kenyataan tersebut. Ada di antara mereka yang mengatakan perbuatan berkenaan bukan menyokong pencuri tetapi hakikatnya turut sama mencuri.

Hargailah penat lelah yang dilakukan setiap pengarah dan penerbit di tanah air. Janganlah kita menyokong tindakan mencuri kerana ini akan merugikan industri filem tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nangis dalam Hujan, Alif Satar Kongsi Momen Getir Positif Covid-19 di Youtube

Sekuel Filem THE EXORCIST Bakal Diterbitkan Oleh Blumhouse