in , ,

Konsert DUA DUNIA Fitri Haris X Lan Solo

Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo bakal dilangsungkan di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia pada 14 Disember 2018. Jom dapatkan tiket sekarang!

Program Gema Gegar Vaganza (GGV) telah menemukan dua penyanyi mantap ini dalam genre masing-masing.

Siapa yang tidak terpersona dengan alunan vokal gemersik penyanyi ketuhanan Fitri Haris? Dan siapa pula yang tidak terpukau dengan kelantangan vokal lelaki Lan Solo? Kedua-duanya unik dalam kelas mereka tersendiri.

Fitri x Lan

Oleh kerana keunikan inilah telah tercetusnya idea untuk mengandingkan keduanya dalam satu pentas yang diberi nama Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo.

Mencari Titik Persamaan, Menuju Ke Arah Yang SATU

Konsert julung kali diadakan ini bakal dilangsungkan di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia pada 14 Disember 2018.

Menurut Fitri, dia berharap agar konsert ini mendapat sambutan kerana baginya konsert ini sangat istimewa.

“Saya mengharapkan konsert ini dapat membawa kelainan berbanding konsert konsert yang ada. Sejujurnya memang saya mengimpikan sebuah konsert setelah 17 tahun dalam industri. Walaupun saya memang banyak mengadakan mini showcase namun saya menjanjikan kelainan untuk konsert ini.

“Saya memang yakin dengan kehebatan Lan. Gabungan ‘penghasilan’ dari GV dan GGV ini pasti akan membawa satu fenomena baru dalam industri muzik.

“Sebahagian kutipan tiket juga akan disumbangkan ke badan yang memerlukan. Oleh itu, saya memohon jika ada pihak yang sudi membantu kami untuk konsert dan amal ini,” kata Fitri.

Menyokong kenyataan tersebut, Lan Solo juga mahukan konsert ini dilihat cukup bermakna.

“Idea yang diutarakan Fitri sewaktu kali pertama berjumpa,membuatkan saya agak teruja untuk bergabung merealisasikan konsert ini. Cadangan kami, biarlah konsert ini berterusan dan kemudian akan diperluaskan ke IPTA yang lain pula. Kita akan bermula di USM terlebih dahulu.

“DUA DUNIA membawa maksud yang begitu simbolik untuk difahami, namun kami akan persembahkan plot dalam bentuk yang mudah diterima,” ujar Lan pula.

Konsert Dua Dunia Fitri Haris X Lan Solo ini akan berlangsung selama dua jam. Kesemua lagu yang akan disampaikan nanti adalah lagu-lagu popular mereka. Audiens boleh turut sama menyanyi dengan Fitri dan Lan.

Ini Cara Nak Dapatkan Tiket

Tidak hanya berdua, konsert Dua Dunia ini juga turut menampilkan beberapa artis undangan yang akan menambah keistimewaan pada konsert ini nanti.

Konsert ini anjuran Niyat Edutainment bekerjasama dengan Yadim USM dengan sokongan Kopi Nanaji dan Haqqi.

Berita baik, oleh kerana konsert ini bakal diadakan di USM, terdapat harga istimewa untuk semua pelajar USM dan juga semua pelajar IPT. Konsert ini juga terbuka untuk semua orang awam.

Tiket boleh dibeli dengan harga RM20, RM30, RM50, RM100 dan RM150 menerusi Whatsapp Dayah :+60 18-955 3228 dan Wani: +60 13-436 6931.

Fitri x Lan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aziz M Osman & Nor Aliah Lee Dapat Cucu

Zayn Malik Dikecam Netizen Selepas Mengakui Keluar Islam