in ,

K-Pop Dance Battle Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33

Berbakat dan serba boleh. Ciri ini harus ada pada setiap pengacara. Sherry Alhadad antara hos yang versatile. Bagilah apa sahaja cabaran, dia akan terima. Semalam, sekali lagi Sherry kasi boom!

Pembukaan yang mantap dan bertenaga dari kedua-dua pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang berlangsung pada 16 November membuatkan ramai penonton bersorak. Bising sekali Sri Pentas 2, Shah Alam. Bingit sekali dengan tepikan dan sorakan.

Jadi Hos, Bukan Setakat Boleh Berlawak Tapi…

K-Pop Dance Battle Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33

Kudos buat Haziq dan Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad yang sedia menyahut cabaran produksi untuk menari battle. Bukan senang nak buat tu sebab kena berlatih banyak kali jugak. Takut nanti ada pulak yang kecam. Menari macam kayu.

Ini yang patut dibuat oleh setiap hos atau pengemudi acara hiburan. Bukan setakat boleh bercakap, bukan setakat mengatur acara. Tapi boleh buat lawak dan tonjolkan aksi di ‘luar kotak’. bikin penonton rasa nak tengok sampai habis, betul tak?

Nah! Tengok video persembahan Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33 ni:

Ramai bersetuju, persembahan Sherry Alhadad menari semalam memang gempak la. Siapa kata wanita berbadan gempal tak boleh menari dengan baik. Sharp kot. Tak boleh bayang kalau Sherry Alhadad ni dah kurus nanti. Lagi gempak kot.

Dengan diiringi penari latar, kedua-dua hos SFMM33 memberikan yang terbaik. Lagu seleksi juga memainkan peranan. Terutama apabila ada lagu K-Pop yang popular dan memang best untuk menari kan?

K-Pop Dance Battle Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33

K-Pop Dance Battle Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Early Bird Konsert DEWA 19 Habis Terjual

Ucapan Pembakar Semangat Tony Fernandes Buat Amelina