in

Astro First Eksklusif Bakal Siar Cinta Paling Agung

Astro First Eksklusif (saluran 480) membawakan sebuah lagi filem hebat arahan pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo berjudul ‘Cinta Paling Agung’ yang bakal memberikan suatu kelainan dan pengalaman buat penonton pada hari raya Aidilfitri ini. Filem televisyen ini turut menampilkan Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai tonggak utama.

Hanung Bramantyo yang terkenal dengan filem popular arahan beliau ‘Ayat-Ayat Cinta’ juga pernah mengarahkan sebuah filem televisyen menerusi Astro First Eksklusif berjudul ‘Panik’ sebelum ini.

Dengarnya, pengarah Cinta Paling Agung iaitu Hanung Bramantyo serta barisan para selebriti terkenal tanahair akan datang di Malaysia bersama pelakon lain seperti Siti Saleha, Zaskya Ada Meca, Mia Sara, Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Marisa Yasmin, Dato’ Yusof Haslam, Ziela Jalil, Erma Fatima, Shahrol Nizam, Latiff Line Clear, Harminder Singh, Datin Zaiton Md Jiwa, Adila Ramly, Dato’ Shah Reza, Adriana Jasmay, Melissa Saila, Sofea Rhyland dan ramai lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Golden Tulip Devins Hotel, Seminyak, Bali

Peraduan Menang Pass Ke Parti Soundcheck Konsert Bigbang