in , ,

Ali Puteh Sedih Tak Dapat Jumpa Hamzah Sejak Arwah Abam Meninggal

Pelawak Ali Puteh berkata dia pernah telintas untuk mahu berdamai dengan balu arwah abangnya namun perkara tersebut ditolak oleh Siti Norhidayah.

Memetik Harian Metro, Ali berkata lagi sejak abangnya meninggal dunia dia dan keluarga tidak dapat melihat anak saudaranya, Hamzah. Malah, ibunya juga tidak berpeluang melihat cucunya sampai akhir hayatnya.

“Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.

“Namun permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.

“Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata dia tidak tahu menahu mengenai perkembangan akaun media sosial milik arwah abangnya serta mengatakan dia dan ahli keluarga sudah lama disekat.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya. Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al Fatihah buat arwah abang saya.

“Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Ali memaklumkan akan menjelaskan bayaran RM60,00 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong Jadi Hos dalam Podcast ‘R U OK?!’, Disiarkan di Youtube & Spotify

ATU ZERO

Atu Zero Terpaksa Merayu, Mahu Awesome TV Lunaskan Bayaran