in

AirAsia Rai Penerbangan Sulung dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina

AirAsia hari ini meraikan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina. Laluan baharu ini akan beroperasi dengan penerbangan empat kali seminggu antara Kuala Lumpur ke Bandar Davao yang penuh meriah ini. 

AirAsia

Majlis pelepasan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) untuk meraikan penerbangan AK590 pada pukul 10.25 pagi dengan 100 peratus muatan penumpang. Kesemua tetamu dalam penerbangan itu juga diberikan cenderamata.

Sempena pengumuman laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM159* sehala di airasia.com bermula sekarang hingga 31 Disember 2017 untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 Jun 2018. Promosi tersebut juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Laluan baharu ini juga menandakan laluan terus keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo. AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina termasuklah Clark, Manila, Caticia, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Davao, Filipina (DVO)

AirAsia

No Penerbangan

Dari

Ke

Waktu Perlepasan

Waktu Ketibaan

Kekerapan

AK590

KUL

DVO

1025

1425

Isnin, Selasa, Khamis, Ahad

AK591

DVO

KUL

1455

1845

Isnin, Selasa, Khamis, Ahad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Santai Tapi Sampai Jelajah Dari Masjid Ke Masjid Bersama Ustaz Biker

Ini Senarai Pencalonan GOLDEN GLOBE® AWARDS Ke-75