in ,

Aiman Ameer & Nurel Dinobatkan Sebagai Hero & Dewi Remaja 2023 

Tahniah buat Aiman Ameer & Nurel Yang Berjaya Dinobatkan Sebagai Hero & Dewi Remaja 2023 

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah melabuhkan tirainya setelah bersiaran selama lapan (8) episod di Astro Ria dengan menobatkan Aiman Ameer sebagai Hero Remaja 2023 dan Nurel sebagai Dewi Remaja 2023, sekaligus mengetepikan saingan 10 peserta lain yang turut sama berentap di  pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023. 

Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000  beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang  bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur. Tracie Sinidol selaku Dewi  Remaja 2022 dan Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021 turut hadir di pentas utama untuk  memahkotakan penerus legasi kemenangan mereka. 

HERO DEWI REMAJA

Dalam persaingan yang cukup sengit, Naib Juara Hero Remaja 2023 jatuh kepada Fitri manakala Naib  Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan  sebuah trofi. 

Selain Juara Hero dan Dewi Remaja 2023, pemenang kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan  Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima  anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina. 

Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero  Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel. Manakala, kategori Best  Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini  masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi. 

Pada malam finale Hero Dewi Remaja 2023, para peserta telah dinilai secara oleh barisan juri yang  cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri  jemputan, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim. 

Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, “Malam ini  sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero  Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran. Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan  mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini. Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf  bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka  dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi  masa kini. 

HERO DEWI REMAJA

Sepanjang lebih lapan minggu bertanding, kesemua 16 peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu  dan aktiviti-aktiviti kerja sosial yang memberi manfaat. Selain itu, mereka turut diberikan peluang  unuk muncul dalam program-pogram digital yang disusun secara strategik bagi memberi lebih banyak pendedahan terutamanya dalam industri seni di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua  pemenang pada malam ini.” 

Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula berkongsi, “Kami amat berbangga dengan komitmen  yang ditunjukkan oleh kesemua peserta Hero dan Dewi termasuk barisan juri dan panel jemputan  yang terlibat sama dalam menjayakan Hero Dewi Remaja 2023 ini. 

Dikesempatan ini, pihak Astro ingin mengucapkan tahniah kepada Juara Hero dan Dewi Remaja 2023  di atas kejayaan yang diperolehi. Kami berharap apa yang mereka pelajari daripada rancangan ini  dapat diterapkan dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

Pihak Astro juga telah merangka beberapa pelan dan initiatif, bukan sahaja tertumpu pada Juara, malah untuk kesemua 16 peserta  agar dapat diketengahkan dan menerpa nama di dalam industri tempatan selepas rancangan ini. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Yaya Nadia Empire yang  hadir selaku penaja untuk program Hero Dewi Remaja 2023 serta para peminat dan penonton yang  memberi sokongan kepada peserta-peserta Hero Dewi Remaja 2023 sepanjang penerbitan program  ini,” tambah Idlan. 

Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan  kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi. 

SENARAI PEMENANG PENCARIAN DEWI REMAJA 

  1. Tengku Anis Tengku Ismail (Dewi Remaja 1985/86) 
  2. Aleeza Kassim (Dewi Remaja 1987/88) 
  3. Jasmeen Kaur Dhillon (Dewi Remaja 1990/91) 
  4. Wan Khatijah Wan Othman (Dewi Remaja 1994/95) 
  5. Juliana Banos (Dewi Remaja 1997/98) 
  6. Annahita Bakavoli (Dewi Remaja 2002/03) 
  7. Scha Al-Yahya (Dewi Remaja 2005/06) 
  8. Noor Neelofa (Dewi Remaja 2009/10) 
  9. Raysha Rizrose (Dewi Remaja 2014/15) 
  10. Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) 
  11. Tracie Sinidol (Dewi Remaja 2022) 

SENARAI PEMENANG PENCARIAN HERO REMAJA 

  1. Esma Daniel (Hero Remaja 1990/91) 
  2. Suhardi Isa (Hero Remaja 1994) 
  3. Wan Shahlim (Hero Remaja 1997/98) 
  4. Kusyairi Ahmad (Hero Remaja 1999) 
  5. Zed Zaidi (Hero Remaja 2000/01) 
  6. Zaween Anwar (Hero Remaja 2004) 
  7. Kamal Adli (Hero Remaja 2007/08) 
  8. Fattah Amin (Hero Remaja 2011/12) 
  9. Aliff Muhaimin (Hero Remaja 2017) 
  10. Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) 
  11. Mierul Aiman (Hero Remaja 2021) 

HASHTAG RASMI 

#HeroDewiRemaja2023 

#HeroRemaja2023

#DewiRemaja2023 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar Anggap Kemalangan Dugaan Kecil & Sebagai Penghapus Dosa

Berpesta Seperti Zaman 80-an di 1-Altitude Melaka Sempena Tahun 2024